Gempar !!! Penyakit demam babi Afrika dikesan di Negeri Sembilan

763ED724 C581 48D6 9010 361CBDA440CF

Penyakit demam babi Afrika dikesan di Negeri Sembilan.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) hari ini mengesahkan penyakit Demam Babi Afrika (ASF), dikesan di sebuah ladang di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Bakri Sawir berkata pengesanan penyakit itu, hasil pengesahan sampel ke atas dua ekor daripada 275 ekor babi di ladang tidak berlesen itu, semalam.

Beliau berkata JPVNS mengambil langkah awal dan proaktif dengan menyita kawasan tersebut, selain anggota polis dan petugas jabatan itu turut membantu meningkatkan pemantauan sekitar lima kilometer dari lokasi berkenaan, bagi memastikan tiada pergerakan keluar masuk ternakan.

Gempar !!! Penyakit demam babi Afrika dikesan di Negeri Sembilan

“Pihak kami menerima maklumat mengenai penyakit itu pada Khamis lepas, sebelum JPVNS bertindak mengambil sampel pada dua haiwan tersebut dan keputusan yang diterima pada petang semalam mendapati ia positif ASF.

“Kita tidak mendapat kerjasama daripada penternak di ladang tersebut berhubung bagaimana haiwan itu dijangkiti, tetapi menerusi maklumat yang tidak dapat disahkan lagi, jangkitan kemungkinan susulan kemasukan haiwan berkenaan dari Perak dan siasatan masih dijalankan,” katanya.

Menurut Bakri semua ternakan tersebut akan dilupuskan mengikut prosedur ditetapkan, selain penternak terlibat berdepan tindakan undang-undang kerana sebelum ini notis telah diberikan kepada kira-kira 20 ladang ternakan haiwan tersebut, supaya menghentikan pengoperasian sebab tidak berlesen.

“Penternak di kawasan itu sepatutnya mengambil pengajaran daripada kes virus Nipah yang pernah menjangkiti ternakan babi, sehingga menyebabkan lebih 100 kematian penduduk pada 1999.

“Bagi pembeli, mereka juga dinasihatkan lebih berwaspada sekiranya mendapat tawaran harga rendah bagi penjualan daging babi di mana-mana pasar raya dan pasar,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah JPVNS Dr Redzuan Ibrahim menjelaskan ASF tidak menjangkiti manusia dan jangkitan hanya terhad dalam kalangan spesies haiwan itu sahaja.

“ASF berbeza dengan virus Nipah, namun kadar merebaknya sangat cepat dan memudaratkan kepada ternakan babi yang lain. Jangkitan ini boleh dibawa daripada lalat atau anggota badan babi yang dijangkiti ASF.

“Apabila ternakan yang sakit ini disembelih, daging dan darahnya boleh merebak ke ladang-ladang yang lain. Selain itu juga ia boleh menyebabkan kematian yang tinggi dalam kalangan haiwan itu sekitar 70 hingga 80 peratus,” katanya.

Baca Juga : Ustazah viral owner Skyline R33, geng “hardcore” JDM dari Japan sanggup datang jumpa Ustazah

Satu dalam sejuta, penemuan kucing pelik berwarna hijau kejutkan orang ramai…

Ini 12 buah jel “bertaraf kayangan” yang ramai orang tak tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *