Gempar!! Pelakon Ruhainies dikejar lelaki misteri mirip Zul Ariffin

Gempar!! Pelakon Ruhainies dikejar lelaki misteri mirip Zul Ariffin

Gempar!! Ruhainies dikejar lelaki misteri mirip Zul Ariffin.

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba pelakon Ruhainies berkongsi video memperlihatkan dia dikejar seorang jejaka misteri di laman Instagram pada malam Rabu.

Video berdurasi kurang satu minit itu juga menunjukkan Ruhainies atau nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 30, memakai inai di jari dan berlari gembira diikuti jejaka itu dari belakang.

Memakai busana bertemakan Bollywood, Ruhainies turut menulis kapsyen istimewa pada hantaran tersebut.

“A night to remember. One step closer,” tulisnya.

Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah kelibat jejaka dalam video tersebut dikatakan mirip pelakon kontroversi Zul Ariffin.

Gara-gara perkongsian itu, ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah daripada pengikut dan ada juga membuat andaian Ruhainies bakal menamatkan zaman bujang dengan Zul.

Gempar!!! Ruhainies dikejar lelaki misteri mirip Zul Ariffin

“Tahniah! Saya rasa Ruhainies kahwin dengan Zul Ariffin. Kalau betullah memang tak sangka.

“Real ke drama ni? Tengok macam Zul Ariffin dari belakang. Patutlah back up Zul hari itu.

“Macam Zul Ariffin! Tapi takkan Ruhainies nak kahwin dengan Zul. Mestilah dengan boyfriend yang tinggal di London tu.

“Tengok sosok tubuh macam Zul Ariffin. Adakah ini gimik? Ke promote drama dia orang,” antara komen netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

Menerusi laporan media pada 14 Mac lalu, Ruhainies memaklumkan dia akan berkongsi berita gembira mengenai perhubungannya dengan jejaka pilihan.

Kata pelakon drama Wifi Sebelah Rumah ini, dia sedang menanti waktu sesuai untuk menjawab persoalan itu.

Baca Lagi:

55 nama Sekolah paling pelik dalam Malaysia

Ini antara sebab kenapa lelaki tua semakin diminati berbanding lelaki muda…

Bapa durjana! Terlanjur dengan anak sanggup cerai isteri mahu kahwin dengan anak sendiri

CATEGORIES