Gempar! Lebih 100 Lamborghini bakal berkumpul di KLCC, cuba pecah rekod lama Malaysia Book of Records

Gempar! Lebih 100 Lamborghini bakal berkumpul di KLCC, cuba pecah rekod lama Malaysia Book of Records

Gempar! Lebih 100 Lamborghini bakal berkumpul di KLCC, cuba pecah rekod lama Malaysia Book of Records.

Jika masih ada yang ingat, sembilan tahun lalu, sebanyak 77 buah kereta Lamborghini berkumpul dan mengeggarkan bandaraya Kuala Lumpur sehingga ia berjaya mencatat rekod dalam Malaysian Book of Records.

Rekod itu diberikan untuk bilangan Lamborghini terbanyak yang berkumpul dalam satu acara yang dianjurkan oleh Lamborghini Owners Malaysia (LOM).

Hampir sedekad kemudian, LOM kini berusaha untuk memecahkan rekod sedia ada dengan menganjurkan acara serupa pada 11 Jun ini di tempat letak kereta terbuka Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) berhadapan dengan Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.

Presiden LOM, Datuk Roslan Rosdi berkata, sekarang adalah masa paling sesuai untuk mengadakan acara itu dan dijangka lebih 100 buah kenderaan berkuasa tinggi itu berkumpul dalam acara tersebut.

Bagaimanapun kata Roslan, acara itu diadakan bukan semata-mata untuk memecahkan rekod yang dicipta sebelum ini tetapi ada agenda lebih besar.

Gempar! Lebih 100 Lamborghini bakal berkumpul di KLCC, cuba pecah rekod lama Malaysia Book of Records

“Sepanjang sejarah LOM, kita telah menganjurkan banyak program, sama ada perjalanan singkat atau panjang, yang mana setiap program turut melibatkan elemen kebajikan yang kebanyakannya adalah sumbangan kepada rumah anak yatim dan membawa mereka menaiki Lamborghini.

“Memandangkan kita sudah boleh berkumpul, kami mahu meraikan kegembiraan dengan pemanduan santai sambil cuba memecahkan rekod yang pernah kami cipta sembilan tahun lalu sebagai sebahagian agenda pemanduan ulangtahun ke-50 Lamborghini,” katanya.

Acara itu kata Roslan akan berlangsung dari pukul 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur LOM, Datuk Rakesh Sachdev, berkata, acara itu bukan sahaja untuk memecahkan rekod yang dicipta pada 2013, tetapi untuk mengembalikan keghairahan semua ahli LOM untuk kembali mengembara bersama Lanbmborghini masing-masing di lebuh raya selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian.

Mengikut perancangan, Roslan berkata, selepas rekod itu berjaya dipecahkan, semua ahli LOM akan memandu secara konvoi ke Chateau, Bukit Tinggi di mana majlis makan malam bertemakan Bulls Ball akan diadakan.

Gempar! Lebih 100 Lamborghini bakal berkumpul di KLCC, cuba pecah rekod lama Malaysia Book of Records

“Pada majlis makan malam itu juga, LOM akan memberi penghormatan kepada golongan kurang bernasib baik berserta sumbangan kepada empat wakil badan amal yang dipilih.

“Menjadi matlamat kami untuk mengumpul sekurang-kurangnya RM40,000 daripada ahli dan rakan kongsi kami,” katanya.

Sementara itu, peminat kenderaan berkuasa tinggi itu turut diundang untuk melihat dengan lebih dekat varian vintaj, unik dan supercar Lamborghini terbaharu seperti Lamborghini Gallardo MLE, Huracan Spyder, Urus SUV dan Aventador SVJ yang dijangka membuat kemunculan pada acara di KLCC.

Ditubuhkan pada 2014, LOM bermula dengan hanya 50 ahli namun kini kelab untuk penggemar kereta Itali itu mempunyai 150 ahli.

Baca Lagi:

Pelanggan kecewa bayar RM20 untuk sup perut berserta tahi buat netizen geli

Kehilangan 12 tahun Anita Sarawak akhirnya terjawab

Konsert bintang pop Jepun dapat sambutan luar biasa di Jeddah

CATEGORIES