Gempar! Bangkai jerung purba ditemui terdampar dipersisiran pantai

Gempar! Bangkai jerung purba ditemui terdampar dipersisiran pantai

Gempar! Bangkai jerung purba ditemui terdampar dipersisiran pantai. Bangkai seekor jerung yang dipercayai lahir semasa era pemerintahan Raja Henry VIII di Britain ditemui terdampar di pesisir pantai Cornwall hujung minggu lalu, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Bangkai jerung spesies Greenland yang mempunyai jangka hayat antara 250 hingga 500 tahun itu telah ditemui oleh seorang pengunjung pantai di Pelabuhan Newlyn pada 13 Mac lepas.

Kakitangan Yayasan Hidupan Liar Cornwall tiba di pantai itu sejam kemudian selepas dihubungi. Bagaimanapun, fenomena air pasang dilaporkan telah menghanyutkan jerung itu kembali ke dalam laut.

Gempar! Bangkai jerung purba ditemui terdampar dipersisiran pantai

Haiwan itu kemudian ditemui sekali lagi kelmarin oleh seorang anak kapal syarikat pelancongan Mermaid Pleasure Trip lalu dibawa ke darat.

Pakar menganggarkan jerung itu dilahirkan semasa pemerintahan Raja Henry VIII dari tahun 1509 hingga 1547. Namun, ia masih belum disahkan melalui bedah siasat yang dijalankan oleh Marine Strandings Network.

Menurut laporan, penemuan itu akan digunakan sebagai salah satu penyelidikan ke atas mamalia laut yang terdampar termasuk ikan lumba-lumba dan paus.

Jerung Greenland berasal dari Lautan Artik dan Atlantik Utara tetapi boleh ditemui di perairan laut dalam sekitar Britain. Hanya seekor jerung spesies itu pernah ditemui di Britain pada 2013, yang juga telah mati.

Baca Lagi:

Selalu tayang kemewahan, polis sita aset bernilai RM18.7 juta milik influencer terkenal

Kecoh !!! Kereta misteri berwarna hitam ditemui di dalam parit

Akhirnya terdedah wajah sebenar pencipta logo Android, wanita berasal dari Rusia

CATEGORIES