Gara-gara terlalu asyik mencari baju raya, suami menangis cari isteri hilang

Gara-gara terlalu asyik mencari baju raya, suami menangis cari isteri hilang

Gara-gara terlalu asyik mencari baju raya, suami menangis cari isteri hilang.

Situasi yang dikongsikan lelaki ini apabila berlaku satu kejadian melucukan pula semasa dia dan keluarga keluar membeli belah. Semuanya gara-gara si isteri yang ‘hilang’ dan tidak dapat ditemui gara-gara terlalu asyik mencari baju raya.

Ramai yang melepaskan geram selepas dua tahun tidak dapat merayakan hari raya di kampung dengan begitu sakan membeli belah keperluan raya. Malah rata-rata jalan juga sesak dengan mereka yang ingin keluar shopping raya lagi-lagi pada minggu terakhir puasa ini.

Gara-gara terlalu asyik mencari baju raya, suami menangis cari isteri hilang

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat seperti sedang mencari-cari seseorang di dalam kesesakan orang ramai itu. Turut kelihatan dia berada di sebuah gedung pakaian yang dipenuhi dengan orang ramai yang ingin mencari baju raya pada saat akhir.

Dalam masa yang sama, lelaki itu rupa-rupanya telah terpisah dengan isterinya sendiri menyebabkan dia panik seketika. Lebih melucukan, dia juga berpura-pura seperti menangis sambil ditenangkan oleh rakan-rakan yang lain.

Dia juga turut memanggil nama isterinya beberapa kali sebelum akhirnya wanita itu muncul di hadapannya. Lelaki itu juga sempat berseloroh meminta wanita itu untuk tidak merayau jauh-jauh dan hilang dari pandangannya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat situasi yang dikongsikan ini. Malah ada yang memberitahu mereka juga turut melalui pengalaman yang sama baru-baru ini semasa sibuk membeli belah.

Reaksi Natizen :

“Hahahaha nangis atas bahu member dia punya risau…”

“Semalam kes macam ni lah, suami duk tanya kat anak ibu mana ibu…”

“Member pun adoi lawak wei…”

“First time aku tengok ni suami nangis kat public bini hilang.”

Baca Lagi:

Suami dalam penjara, Instafemes dari Kedah kantoi bawa lelaki lain tidur sama depan anak-anak

Selepas Nagaentran, seorang lagi warga Malaysia berjuang untuk terus hidup tanpa diwakili peguam

2000 ekor babi hilang di Port Dickson, hati-hati elak beli daging murah

CATEGORIES