Gara-gara putus cinta, gadis rempuh pagar rumah bekas kekasih

Gara-gara putus cinta, gadis rempuh pagar rumah bekas kekasih

Gara-gara putus cinta, gadis rempuh pagar rumah bekas kekasih.

Seorang wanita yang baru putus cinta naik berang lalu bertindak merempuh pintu pagar kediaman keluarga bekas teman lelakinya dalam satu kejadian di Taman Perling, awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 5 pagi.

Menurutnya, suspek wanita berusia 20 tahun terbabit kemudiannya berjaya ditahan polis tidak lama kemudian di Plaza Tol Lima Kedai, Gelang Patah pada pukul 6.30 pagi, hari yang sama.

Gara-gara putus cinta, gadis rempuh pagar rumah bekas kekasih

“Kakak kepada bekas teman lelaki suspek memaklumkan telah menerima satu mesej ugutan daripada suspek yang mahu membakar kedai perniagaan motosikal milik keluarga mereka.

“Turut dikirimkan satu video yang memaparkan seseorang sedang mencurah minyak petrol di hadapan kedai berkenaan, bimbang dengan ugutan terbabit menyebabkan pengadu membuat laporan polis,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, sepasukan polis ke kediaman pengadu sebelum mendapati sebuah kenderaan jenis Toyota Corolla Altis telah merempuh pintu pagar kediaman pengadu.

Tambah Fariz Ammar, anggota polis berkenaan terus mengekori kenderaan suspek sebelum berjaya memberkasnya di Plaza Tol Lima Kedai, Gelang Patah.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif penyalahgunaan dadah jenis ‘benzo’, manakala semakan rekod mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau,” ujarnya.

Menurutnya lagi, siasatan awal yang dijalankan mendapati suspek baharu putus cinta dengan teman lelakinya pada bulan lalu.

“Akibatnya, suspek merempuh pintu pagar kediaman itu menyebabkan keluarga pengadu mengalami kerugian kira-kira RM15,000 selepas pintu pagar tercabut dan menghempap belakang kenderaan milik bapa pengadu,” jelasnya.

Baca Lagi:

[Video] Guru dikecam warganet, siram air atas kepala pelajar yang tertidur dalam kelas

Siapa ingat lelaki hitam manis viral di traffic light? Ramai wanita kecewa dapat tahu dah kahwin semalam

Hiasan lego dalam ‘Mall’ hancur, golongan B40 pula dipersalahkan

CATEGORIES