Gara-gara mulut terlampau laser, jiran bina tembok sepanjang 10 meter

Gara-gara mulut terlampau laser, jiran bina tembok sepanjang 10 meter

Gara-gara mulut terlampau laser, jiran bina tembok sepanjang 10 meter. Akibat perselisihan faham, seorang jiran nekad membina tembok sepanjang 10 meter di Desa Mejobo, Kecamatan Mejobo, Kudus, Jawa Tengah.

Lapor Tribunnews, tembok yang mempunyai ketinggian 2.3 meter yang dibina oleh Sunarsih, 63, menghalang laluan jirannya, Sutikah, 55.

Ketua Kampung Mejobo, Aan Fitriyanto berkata, tembok yang dibina dengan bata ringan itu menutupi rumah Sutikah.

Sedangkan sebelum ini, katanya, tembok yang dibina sejak minggu lalu hanya sepanjang 0.4 meter.

Akibatnya, Sutikah tidak dapat keluar dan masuk ke rumah kerana jalan tersebut merupakan satu-satunya akses yang ada.

“Tembok yang menghalang rumah Sutikah itu berada di atas tanah milik Sunarsih.

“Sejak puluhan tahun lalu, lokasi itu dibiarkan terbuka sebagai laluan yang memudahkan jiran sebelah.

“Namun, disebabkan hubungan kedua-duanya tidak harmonis, Sunarsih tergamak membina tembok dinding yang menghalang laluan rumah jirannya,” katanya.

Menurut Aan, perselisihan faham itu kian panas selepas Sutikah menyumpah seranah suami Sunarsih yang baru meninggal dunia.

Jelasnya, mereka sudah berpuluh tahun hidup berjiran dan sering bertengkar sebelum ini.

“Kedua-duanya sudah tidak bersuami dan komunikasi menjadi kurang baik.

“Sunarsih tidak tahan lagi dengan Sutikah yang bermulut laser dengan melemparkan kata-kata ‘suami saya mereput ke tanah’,” ujarnya.

Susulan itu, Ketua Kampung Mejobo bersama pihak polis berusaha menangani masalah tersebut dengan mempertemukan kedua-duanya.

Namun, Sunarsih berkeras tidak mahu meruntuhkan tembok itu bagi menyediakan akses jalan raya kepada jirannya.

Selepas proses perdamaian dilakukan, Sunarsih akhirnya rela meruntuhkan sebahagian tembok dalam tempoh dua hari sebagai laluan masuk kepada keluarga Sutikah.

Baca Lagi:

[VIDEO] ‘Ayah nekad terus tinggal di Mekah selepas selesai umrah’

[VIDEO] Budak lelaki berani kejar perompak bermotosikal

Ramai yang tidak tahu ubat penawar paling mujarab bagi demam, batuk dan selsema adalah ‘GARAM’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *