Gara-gara belum vaksin, dua murid dihalau belajar di luar kelas

Gara-gara belum vaksin, dua murid dihalau belajar di luar kelas

Gara-gara belum vaksin, dua murid dihalau belajar di luar kelas.

Gambar menunjukkan dua murid sekolah rendah belajar di kaki lima di sebuah pasar menjadi tular dalam media sosial.

Gambar itu mencetuskan banyak persoalan daripada pelbagai pihak kerana dua murid itu tidak berada di kawasan sekolah.

Media tempatan melaporkan, dua murid itu tidak dibenarkan memasuki kelas atau kawasan sekolah kerana mereka belum mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Disebabkan itu, pengurusan sekolah mengarahkan mereka belajar di tempat lain.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, kedua-dua murid itu merupakan pelajar di sekolah rendah di Luwu, Sulawesi Selatan.

gara gara belum vaksin 2 murid sd di luwu tak boleh masuk sekolah terpaksa belajar di teras pasar 1

Menurut ibu kepada seorang daripada murid tersebut, Gusnawati, sebelum ini anak mereka diarahkan belajar di luas kelas, namun kali ini mereka dihalau terus dari sekolah.

“Kami sedih melihat anak kami dilayan seperti ini. Di tempat lain, murid tetap dibenarkan masuk ke kelas, tidak kira sudah terima vaksin atau belum,” katanya kepada Tribunnews.

Dalam pada itu, penduduk Luwu, Amiruddin menyatakan protokol kesihatan di daerah ini sangat ketat.

Katanya, kedua-dua murid itu belajar di kaki lima pasar kerana peraturan di sana tidak ketat seperti pejabat kerajaan, sekolah dan pusat kesihatan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pendidikan dan Kebudayaan Luwu, Hasbullah mengesahkan dua murid itu tidak dibenarkan masuk ke kelas kerana belum mengambil vaksin Covid-19.

Jelas beliau, peraturan itu termaktub dalam Surat Edaran Protokol Kesihatan Daerah Luwu.

“Dalam surat tersebut, sudah dimaklumkan pelajar yang belum vaksin tidak akan dibenarkan menghadiri kelas tatap muka, mereka perlu belajar secara dalam talian di rumah.

“Mereka hanya boleh datang ke sekolah untuk mengambil buku atau kerja sekolah yang diberikan guru,” jelasnya.

Baca lagi: 

Bermula 1 April, penerima Sinovac yang tak booster dijangka akan kehilangan status “divaksin sepenuhnya” – KJ

Dua beradik warga Malaysia dihalau keluar dari Jerman kerana vaksin Sinovac

Langgar SOP: Najib soal kenapa Kit Siang tidak disaman? Ini jawapan KJ

CATEGORIES