Gara-gara beli kambing online, RM13,500 lesap

kambing sunnah 800x445 c e1645632102630

Gara-gara beli kambing online, RM13,500 lesap. Keinginan seorang pemuda bergelar penternak kambing musnah apabila dia menjadi mangsa penipuan dalam talian, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden M. Zambri Mahmud berkata, mangsa yang berusia 25 tahun kerugian RM13,500 selepas membayar wang pendahuluan bagi pembelian 50 ekor kambing.

Katanya, mangsa mendakwa tertarik dengan tawaran harga istimewa bernilai RM570 untuk seekor kambing termasuk kos penghantaran menerusi iklan dalam media sosial.

“Mangsa menghubungi suspek dan membayar wang deposit pada hari sama dengan jaminan kambing-kambing dihantar tiga hari kemudian, namun, tempahan yang dipesan tidak sampai seperti dijanjikan.

Gara-gara beli kambing online, RM13,500 lesap

“Suspek memberi alasan kelewatan itu berpunca kerana pemandu lori dijangkiti Covid-19 dan berjanji memulangkan semula wang pendahuluan itu selepas didesak mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

M. Zambri berkata, suspek bukan sahaja gagal mengotakan janji, malah tidak menjawab panggilan dan menyekat nombor telefon mangsa termasuk menerusi aplikasi WhatsApp.

Katanya, pemuda itu yang menyedari tertipu kemudian membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Baca lagi: [VIDEO] Detik cemas Kren Gondola dipukul ribut, terhayun seperti buaian

Leave a Reply

Your email address will not be published.