Gara-gara bekalan elektrik terputus, dua beradik tersilap kahwini pengantin lelaki

marry wrong grooms e1652282677483

Gara-gara bekalan elektrik terputus, dua beradik tersilap kahwini pengantin lelaki.

Dua adik beradik pengantin perempuan secara tidak sengaja mengahwini pengantin lelaki yang salah selepas bekalan elektrik terputus ketika upacara perkahwinan mereka diadakan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Acara perkahwinan dua pasangan pengantin itu berlangsung di sebuah kampung di negeri Madhya Pradesh, India.

Dalam kejadian pada Ahad lalu, seorang sami meneruskan upacara perkahwinan, namun dengan tidak sengaja tertukar antara dua pasangan berkenaan.

marry wrong grooms e1652282677483
Pasangan pengantin itu diminta untuk melaksanakan upacara perkahwinan sekali lagi pada keesokan harinya

Bapa pengantin perempuan, Ramesh Lal berkata, sami itu mungkin keliru kerana kedua-dua anaknya memakai pakaian merah dengan selendang menutup bahagian muka.

Dua anak pengantin tersebut, Nikita dan Karishma dijadualkan melangsungkan perkahwinan dengan Dangwara Bhola dan Ganesh, dua lelaki daripada keluarga berbeza.

Kesilapan itu hanya disedari apabila dua pengantin lelaki tersebut membawa isteri mereka pulang ke rumah.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada dua pengantin perempuan itu mengenali lelaki yang mereka nikahi atau tidak. Mereka telah diminta mengulangi acara perkahwinan sekali lagi pada hari berikutnya.

Baca lagi: 

Wisma Negeri Melaka ‘lumpuh’, bangunan terbakar, banjir

Gempar !! Langit di bandar raya China menjadi merah

Pemilik kedai runcit ditahan sorok minyak masak, tepung gandum bawah garaj

Leave a Reply

Your email address will not be published.