Gambar wanita dipaku pada pokok dicari orang ramai, dipercayai kena perbuatan sihir. Seorang wanita terkejut apabila mendapati sekeping gambar dipaku pada sebatang pokok yang ditebang, dipercayai bagi tujuan sihir.
Menerusi perkongsian di TikTok Nick Nurhafiza, perkara itu disedari oleh pekerja ayahnya yang sedang melakukan kerja-kerja menebang pokok, di tepi jalan kawasan Lundang.
“Tadi masa kerja-kerja tebang pokok pekerja kami ternampak sesuatu. Perbuatan khurafat menganiaya orang dan mungkin baru ja sebab gambar tak lusuh lagi
“Tempat yang dipaku ada tiga, bahagian dahi, lulut dan dada, sihir mati. Siapa-siapa yang kenal tolong kongsi biar sampai kepada tuan badan, kasihan dia,” katanya pada video.
Hantaran tersebut menerima reaksi pelbagai daripada orang ramai, malah ada yang turut berkongsi amalan bacaan beberapa surah untuk melindungi diri daripada sihir.