Gambar lelaki misteri pegang telefon zaman 1940-an undang tanda tanya

Gambar lelaki misteri pegang telefon zaman 1940-an undang tanda tanya

Gambar lelaki misteri pegang telefon zaman 1940-an undang tanda tanya. Filem-filem Hollywood dan drama Korea sering kali menampilkan plot yang bertemakan time travelling di mana watak utama boleh kembali ke zaman dahulu atau orang zaman dahulu tiba-tiba datang ke zaman sekarang.

Namun, kita semua tahu itu hanyalah rekaan semata-mata kerana sehingga kini masih belum lagi mesin masa.

Walau bagaimanapun, sekeping gambar lama yang dikatakan diambil pada zaman 1940-an telah menjadi tular apabila ada seorang lelaki di dalam gambar tersebut yang dilihat seakan-akan memegang telefon bimbit.

Menurut Mirror UK, difahamkan gambar tersebut telah diambil pada tahun 19-43 di Reykjavik, Iceland ketika zaman perang.

Gambar lelaki misteri pegang telefon zaman 1940-an undang tanda tanya

Gambar berkenaan menunjukkan beberapa kumpulan orang tempatan Iceland dan tentera AS dari Perang Dunia Kedua sedang berjalan di laluan pejalan kaki.

Namun, ada seorang lelaki yang memakai kot panjang yang bersandar pada tingkap sebuah kedai telah menarik perhatian netizen hari ini.

Ini kerana dia dilihat seperti sedang memegang sesuatu yang mirip telefon bimbit dan objek tersebut dipegang dan diletakkan dekat dengan telinganya, persis seperti gaya orang sedang bercakap di telefon pada zaman kini.

Sedangkan telefon bimbit pertama iaitu Motorola DynaTAC 8000X hanya dilancarkan pada tahun 1973 iaitu berpuluh-puluh tahun selepas gambar itu diambil.

Ini menyebabkan ada segelintir warganet yang berspekulasi mungkin lelaki itu merupakan seorang pengembara masa.

Gambar tersebut telah meraih perhatian setelah dikongsikan menerusi Facebook group Gamlar ljósmyndir iaitu sebuah group FB yang berkongsi gambar-gambar lama.

Namun, ada juga netizen lain yang berpendapat mungkin lelaki itu hanya memegang jam tangannya berdekatan telinga kerana mahu memeriksa sama ada jam itu berfungsi atau tidak.

Selain itu, ada juga yang berpendapat dia mungkin hanya sedang menggunakan rokok paip untuk menggaru leher atau telinganya.

Jadi, sehingga kini, kesahihan gambar tersebut masih tidak dapat dipastikan.

Cuma, kalau korang, korang nak ke kembali ke zaman dahulu dan jadi time traveller?

Baca Lagi:
Abby Abadi bahan Syuk Sahar depan-depan, terus berubah air muka
Wanita ini bernazar ingin kahwin kalau Anwar Ibrahim jadi PM10, akhirnya terpaksa minta tolong orang ramai cari jodoh segera
Nelayan jumpa muntah paus seberat 30kg bernilai cecah RM5 juta, mahu bersara awal jadi nelayan
CATEGORIES