“Gaji RM2k sebulan tapi sanggup nak beli iPhone 15 Pro Max dengan ansuran selama 5 tahun”. Jika kita lihat sekarang, ramai anak muda yang berhutang banyak demi mendapatkan kemewahan. Contohnya termasuk membeli kereta mewah dan memakai telefon berjenama. Tidak dinafikan, ada yang mampu walaupun umur mereka masih muda.
Namun, ada juga yang sanggup berhutang kerana terpengaruh dengan rakan-rakan. Ini adalah perkara yang sangat berbahaya dan kita perlu ukur baju di badan sendiri.
Baru-baru ini, tular sebuah posting di Facebook selepas seorang individu berkongsi perbualan WhatsApp dengan seorang pelanggan yang ingin membeli telefon pintar berjenama.
Minta Ansuran 5 Tahun untuk Beli Telefon Pintar
Menerusi posting tersebut, perbualan WhatsApp yang dipaparkan menunjukkan seorang pelanggan yang bertanya mengenai jualan telefon pintar berjenama Apple.