Gaji pekerja di Malaysia dijangka naik setinggi 20 peratus tahun 2023

Gaji pekerja di Malaysia dijangka naik setinggi 20 peratus tahun 2023

Gaji pekerja di Malaysia dijangka naik setinggi 20 peratus tahun 2023. Pekerja di negara ini dijangka menerima pelarasan gaji antara tiga hingga 20 peratus bergantung kepada industri, dengan industri pertumbuhan tinggi seperti teknologi dan pembuatan bakal menyaksikan perubahan lebih besar dalam struktur gaji dalaman.

Laporan Pasaran Pekerjaan dan Trend Gaji 2023 yang diterbitkan oleh syarikat perkhidmatan sumber manusia terbesar dunia, Randstad menjelaskan bahawa kenaikan kos sara hidup dan peningkatan inflasi di Malaysia memberikan kesan terhadap kemampuan rakyat untuk membiayai barangan keperluan serta gaya hidup.

Ia menambah, gaji dan kerjaya juga tidak berkembang sepanjang pandemik COVID-19 apabila syarikat-syarikat membekukan pengambilan pekerja, kenaikan gaji dan pembayaran bonus pada 2020.

Gaji pekerja di Malaysia dijangka naik setinggi 20 peratus tahun 2023

“Bagi bertindak balas terhadap kenaikan kadar faedah, syarikat sedang menyemak semula penanda aras gaji masing-masing bagi mengekal dan menarik bakat baharu,” kata Randstad dalam laporan berkenaan.

Laporan Pasaran Pekerjaan dan Trend Gaji 2023 mendedahkan terdapat perkembangan kemahiran dari segi bakat dan kemahiran dalam tiga industri iaitu teknologi, pembuatan dan pembinaan.

Industri teknologi akan menggunakan pendekatan pengurusan pekerja dan pengambilan pekerja yang lebih cermat, dengan menumpukan kepada permintaan bakat dalam perkomputeran awan, keselamatan siber, kepintaran buatan, Internet Segala-galanya (IoT), realiti maya serta blockchain.

Permintaan bagi bakat teknikal dan komersial dalam industri pembuatan pula berterusan apabila syarikat berusaha meningkatkan transformasi digital 4.0 dalam automasi, pendigitalan serta pengalaman.

Sementara itu, pembangunan hartanah dan infrastruktur dalam industri pembinaan akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi untuk pekerja tempatan, namun boleh menimbulkan masalah dengan jurang kemahiran yang berterusan.

Pengarah Negara di Randstad Malaysia, Fahad Naeem, berkata banyak syarikat global mengurangkan aktiviti pengambilan pekerja disebabkan kadar inflasi yang mencecah paras rekod tertinggi menyebabkan mereka cenderung memberikan tumpuan untuk mengawal perbelanjaan.

“Bagaimanapun, sebahagian daripada syarikat ini mungkin mengalihkan tumpuan kepada Malaysia sebagai sebahagian daripada transformasi perniagaan dan penstrukturan semula, yang akan mewujudkan peluang pekerjaan baharu untuk bakat tempatan,” katanya.

Mengenai pendekatan majikan untuk menarik bakat pada tahun ini, Naeem berkata, perubahan adalah penting bagi memacu landaskan perniagaan di Asia yang pantas berubah.

“Memandangkan pekerja adalah tulang belakang kepada kejayaan sesebuah organisasi, pemimpin perniagaan mulai belajar untuk memenuhi jangkaan pekerja supaya menjadikan usaha menarik dan mengurus bakat lebih berkesan,” katanya.

Bagaimanapun, salah satu cabaran besar yang dihadapi oleh kebanyakan majikan adalah kurangnya bakat berkemahiran di Malaysia.

Kaji selidik Workmonitor Randstad mendedahkan bahawa 85 peratus pekerja di negara ini berkata adalah penting bagi majikan menawarkan program latihan dan pembangunan pembelajaran, namun hanya 36 peratus responden menyatakan ada menerima latihan baharu sejak setahun lalu.

Adalah menjadi tanggungjawab majikan bekerjasama dengan pakar atau meningkatkan keupayaan pasukan pembangunan dalaman untuk meningkatkan kemahiran pekerja menerusi kursus latihan yang relevan serta berguna.

Baca Lagi:
Dapat jana pendapatan RM100,000 sebulan tanam cili, ratu rock Ella kini bergelar jutawan
Lupus kenderaan berusia 10 tahun elak kesesakkan, ini reaksi rakyat Malaysia
Bukan calang-calang orang suami Sharifah Aryana pelakon filem Mukshin, kehidupannya sekarang raih perhatian ramai
CATEGORIES