“Gaji dia negatif, nak makan pun pinjam duit saya”- Wanita tolak lamaran abang askar. Bergantung kepada penerimaan setiap individu, isu gaji bakal suami mungkin menjadi perkara penting yang perlu dibincangkan sebelum bersetuju menjalani kehidupan berumah tangga. Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Dalam kisah seorang wanita ini, dia berpegang teguh pada prinsipnya yang menitikberatkan tentang perihal gaji pasangan.
Saya kerja badan berkanun, gaji lebih kurang sahaja… Payslip tak negatif
Menurut luahan di laman TikTok, dia mengakui telah menolak lamaran seorang lelaki yang bekerja dalam sektor ketenteraan. Walaupun askar berkenaan sudah berpangkat Koperal, penolakan itu tetap berlaku setelah dia memeriksa slip gaji lelaki tersebut yang hanya berbaki RM799 setiap bulan. Katanya lagi, angka tersebut belum ditolak dengan komitmen pinjaman lain.
Gaji dia negatif, nak makan pun pinjam duit saya… Saya berhak tentukan
Selain faktor gaji yang terlalu kecil, terdapat beberapa tanda red flag lain yang menjadi punca dia menolak lamaran tersebut. Antaranya, lelaki itu mempunyai tabiat meminjam duit daripada wanita ini hanya untuk membiayai kos makannya. Bukanlah hendak bersangka buruk, tetapi wanita ini enggan dibebani dengan masalah kewangan sekiranya mereka berkahwin di masa hadapan.
Aku ada bila kau sedih & happy… Memang gaji aku kecil, aku boleh bahagiakan kau
Berdasarkan perbualan di WhatsApp, lelaki itu dilihat bersungguh-sungguh meyakinkan wanita ini dengan pujuk rayu bahawa dia boleh membahagiakannya. Namun, setelah mengenangkan segala sikap buruknya termasuk tabiat berjudi dan suka kepada perempuan, ia menjadi faktor kuat bagi wanita ini untuk tetap menolak ajakan berkahwin tersebut.