
Gadis kongsi video cara buat aircond DIY berjaya raih 2 juta tontonan
Gadis kongsi video cara buat aircond DIY berjaya raih 2 juta tontonan. Seperti diketahui umum, negara pada ketika ini mengalami keadaan cuaca panas dan beberapa kawasan berada dalam tahap berjaga-jaga.
Akibat terdedah dengan musim panas ini, badan kita mengeluarkan banyak peluh dan mudah letih serta lesu. Mana tidaknya, musim panas sekarang bahangnya lain macam.
Kalau di rumah mungkin kita boleh cuba pelbagai cara untuk sejukkan badan kita, tapi bagaimana pula dengan pelajar? Lebih-lebih lagi yang tinggal di kolej atau rumah sewa yang tidak mempunyai penyaman udara.
Baru-Baru ini, pengguna akaun TikTok @teaforyou telah berkongsi cara membuat penyaman udara DIY yang telah mendapat perhatian netizen.
Menerusi video tersebut, dia telah menjelaskan dengan terperinci mengenai cara untuk membuat penyaman udara DIY tersebut. Ikuti perkongsian di bawah.
Cara Buat “Aircond” DIY
Bahan-Bahan:
Bekas Kotak polestrin
Kipas
Ais
Garam
Botol mineral
Cara-cara :
Cara buat benda ni senang je
Cara pertama, anda perlu sediakan bekas kotak polestrin, tujuan untuk meletakkan kipas diatas kotak tersebut
Kedua, lubangkan di kawasan atas penutup polestrin, Tujuan buat lubang ini untuk telengkupkan kipas di atasnya. Lubang yang dibuat tidak perlu sama ukuran dengan saiz kipas anda, cukup sekadar membolehkan kipas itu diletakkan di atas.
Selepas itu, buat lubang pada bahagian tepi polestrin berukuran botol mineral, terpulang anda nak lubangkan berapa banyak. Tujuannya untuk mengeluarkan wap angin dari kipas ke dalam ruang botol ini.
Kemudian, ambil botol mineral potong botol mineral pada bahagian tengah-tengah. Sesudah itu, buat juga lubang pada hujung bahagian botol dan masukkanlah botol yang sudah dipotong ke dalam lubang yang dibuat tadi di tepi kotak polestrin.
Seterusnya, tuang ais yang banyak ke dalam bekas dan selepas itu, barulah taburkan garam di dalam ais tersebut. Kemudian, tutup bekas.
Langkah terakhir, letakkan kipas di atas bekas polestin secara melengkup dan pasang kipas tersebut.
@ainxr7terima kasih atas idea @danielltwoplus♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
@ainxr7 Replying to @usernotfound ♬ 3 minutes cooking song(863632) – furufuru