Gadis Kazakhstan sedang cari jodoh, tak kisah bakal suami gaji RM3,000. Berumah tangga bukanlah semudah yang disangka. Selain persiapan mental untuk menjadi suami atau isteri, kewangan diri juga perlu kukuh dan stabil terlebih dahulu.
Apabila sudah mendirikan rumah tangga, perbelanjaan bulanan boleh meningkat mendadak dan berbeza berbanding ketika masih bujang. Oleh itu, amat penting bagi pasangan untuk memastikan kewangan mereka mencukupi untuk menempuh cabaran hidup berdua kelak.
Masalah kewangan jika tidak diuruskan dengan baik boleh meninggalkan kesan emosi yang mendalam kepada pasangan suami isteri. Tak hairanlah ada yang menjadikan gaji pasangan pada jumlah tertentu sebagai kriteria yang diperhalusi.
Gadis Kazakhstan Tak Kisah Kahwini Bakal Suami Gaji RM3,000
Bagi gadis dari Kazakhstan ini, wanita di negaranya mempunyai pandangan tersendiri tentang jumlah gaji yang dimahukan daripada bakal suami.
Menerusi TikTok, @annaspstory, Darya menyatakan bahawa mereka secara umumnya tidak memandang jumlah gaji suami atau menetapkan had tertentu sebagai kriteria yang perlu dipenuhi.
Untuk mengesahkan kenyataannya, Darya menceritakan pengalaman kenalannya dari Kazakhstan yang menyambung pelajaran di negara ini.
Menurut Darya, apabila mereka menamatkan pengajian dan mula bekerja, gaji sebanyak RM3,000 sudah cukup untuk menampung kehidupan berdua.
“Duit bukanlah segalanya bagi mereka kerana mereka saling menyayangi antara satu sama lain,” ujarnya.
Darya yang sedang mencari pasangan hidup sekali lagi menegaskan bahawa RM3,000 sebenarnya sudah cukup untuk menjalani kehidupan yang selesa.
Video tersebut mendapat 210.4k tontonan di TikTok. Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh pengguna media sosial mengenai pendapat wanita dari Kazakhstan itu.
Antaranya, ada yang berpendapat bahawa RM3,000 yang dimaksudkan Darya mungkin adalah gaji bersih selepas melangsaikan semua komitmen bulanan.
@annaspstoryHow Much Do You Need to Earn Per Month to Marry a Kazakhstan Girl?..♬ original sound – MR PRODUCER SP