Foto terakhir, sempat  berswafoto beberapa saat sebelum kematian

Foto terakhir, sempat berswafoto beberapa saat sebelum kematian

Foto terakhir, sempat berswafoto beberapa saat sebelum kematian. Seorang lelaki Itali sempat merakamkan detik terakhir dia tersenyum di samping teman wanitanya beberapa saat sebelum dia terjatuh di kawasan pergunungan.

Menurut laporan, lelaki itu cuba mengambil telefon bimbit yang terjatuh sebelum dia terjatuh pada ketinggian 198 meter.

Andrea Mazzetto, 30, merakam gambar di samping teman wanitanya, Sara Bragante ketika mereka mendaki di Altar Knotto, sebuah kawasan batu besar di kampung halamannya, Rotzo.

Polis mengesahkan, kematian lelaki itu berpunca apabila dia cuba mengambil telefon bimbit yang terjatuh.

Pasukan penyelamat berjaya menemuinya dengan menggunakan helikopter dan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Foto terakhir, sempat berswafoto beberapa saat sebelum kematian

Sebelum itu, Mazzetto sempat mengemas kini hampir 2,500 pengikut Instagramnya dengan rutin catatan harian ketika mendaki bersama Bragante.

Mazzetto kerap menyiarkan gambar tanpa baju di laman Instagram, di mana dia juga menzahirkan cintanya kepada teman wanitanya.

Teman wanitanya turut berkongsi swafoto mereka yang tersenyum dan diambil beberapa saat sebelum kematiannya.

“Foto terakhir kami.

“Kamu akan sentiasa bersama dengan saya, beruang kecilku,” katanya dalam keterangan gambar dimuat naik seperti dilaporkan New York Post.

Kontraktor bangunan itu selamat dikebumikan pada Rabu.

Baca Lagi:

Abdul Latiff perlu dipecat daripada Kabinet – Rafizi

Najib Razak akan kembali ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok

Sebelum tinggalkan rumah, kena letak duit syiling dalam ‘freezer’, ini sebabnya yang ramai belum tahu

CATEGORIES