“First time tengok buaya pakai ‘pampers'”- Lelaki ini perkenal satu-persatu nama buaya tanpa ekor buat ramai terhibur

Photo of author

By Joe

“First time tengok buaya pakai ‘pampers'”- Lelaki ini perkenal satu-persatu nama buaya tanpa ekor buat ramai terhibur. Buaya adalah reptilia pemangsa yang agak ganas. Habitat haiwan ini biasanya di sungai-sungai dan panjang puratanya boleh mencecah lebih dari dua meter. Kalau terjumpa buaya liar, memang menakutkan juga, kan?

Namun, ada satu video yang menunjukkan sekumpulan anak buaya yang tidak berapa panjang kerana tidak mempunyai ekor. Walaupun video ini dirakam dalam kawasan terkawal dan bukan di habitat asalnya, buaya-buaya tanpa ekor ini tetap ganas.

Kalau tidak percaya, korang boleh tengok video di bawah.

"First time tengok buaya pakai 'pampers'"- Lelaki ini perkenal satu-persatu nama buaya tanpa ekor buat ramai terhibur

Buaya hatchback

@bangbuya_ Kontot kaki ronggeng #bangbuya #gengbuya #teambuya #jkkj #bangbuyatalk #bangbuyalive #janganlupaselawat #CapCut ♬ original sound – Bangbuya

Ini kali pertama saya tengok buaya yang pendek. Ada rasa kesian dan kelakar juga. Kesian sebab dia nampak susah nak mengimbangi badan kerana tiada ekor, itulah sebabnya dia sampai tergolek. Kejadian dia jatuh tu memang buat lawak.

"First time tengok buaya pakai 'pampers'"- Lelaki ini perkenal satu-persatu nama buaya tanpa ekor buat ramai terhibur

Itulah, min pun ingatkan ada seekor je. Rupanya ada 8 ekor yang serupa. Tapi yang tak ada ekor ni kita nak panggil seekor buaya gak ke macam mana?

"First time tengok buaya pakai 'pampers'"- Lelaki ini perkenal satu-persatu nama buaya tanpa ekor buat ramai terhibur

Alang-alang dah bagi nama ikut jenama lampin pakai buang, memang nampak dah pampers dah penuh. Kena tukar tu sebelum naik ruam dan buat perangai.

"First time tengok buaya pakai 'pampers'"- Lelaki ini perkenal satu-persatu nama buaya tanpa ekor buat ramai terhibur

Sebab tak ada ekor tu yang kalau lari turun batu sampai tergolek. Tak boleh nak imbang badan dia. Kesian gak tapi gelagat buaya tak ada ekor ni memang kelakar lah.

"First time tengok buaya pakai 'pampers'"- Lelaki ini perkenal satu-persatu nama buaya tanpa ekor buat ramai terhibur

Netizen tak pernah mengecewakan. Ada-ada je idea kan, padahal kita betul-betul nak tahu kenapa buaya tu tak ada ekor. Sekali ada yang explain sebab tak makan folic acid pulak.

Baca Lagi:
Wanita kena halau keluar dari kapal terbang kerana bawa beg berjenama mewah
“Disuruh minum air janggut, air gigi, air rambut dan air kaki sekali untuk ambil berkat”- Dr Maza
‘Malaysia helwah’- Terpancar kegembiraan di wajah anak Palestin bila melihat Malaysia