Final badminton Malaysia vs Korea Selatan jadi tumpuan selepas pengadil layankan kad kuning dan merah pada pemain

Final badminton Malaysia vs Korea Selatan jadi tumpuan selepas pengadil layankan kad kuning dan merah pada pemain

Final badminton Malaysia vs Korea Selatan jadi tumpuan selepas pengadil layankan kad kuning dan merah pada pemain. Kad kuning dan kad merah kebiasaannya dilihat dalam permainan bola sepak apabila para pemain melakukan perkara yang melanggar undang-undang sukan itu.

Bagaimanapun, dalam sukan badminton layangan kad kuning dan merah daripada pengadil perlawanan sangat jarang disaksikan.

Namun situasi itu dapat dilihat pada perlawanan akhir Masters Malaysia dalam acara beregu lelaki membabitkan pasangan negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun menentang wakil Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Sung Jae.

Final badminton Malaysia vs Korea Selatan jadi tumpuan selepas pengadil layankan kad kuning dan merah pada pemain

Pada aksi itu layangan kad kuning diberikan kepada Min Hyuk pada set kedua selepas mereka didapati cuba melengah-lengahkan perlawanan sebelum dilayangkan kad merah pada set ketiga selepas sekali lagi melambat-lambatkan permainan sekali gus menghadiahkan satu mata buat gandingan Malaysia.

Meskipun dihadiahkan satu mata oleh pengadil perlawanan namun ia tidak cukup buat pasangan negara untuk memenangi perlawanan akhir apabila tunduk 21-15, 24-22, 19-21 dalam aksi yang memakan masa satu jam 19 minit.

Antara pemain negara yang pernah dilayangkan kad merah ialah bekas perseorangan lelaki, Iskandar Zulkarnain Zainuddin di Cabaran Antarabangsa Austria 2015 kerana melengah-lengahkan permainan.

Antara kesalahan yang membolehkan pengadil perlawanan melayangkan kad kuning atau merah ialah sengaja melambat-lambatkan perlawanan, pemain mengeluarkan kata-kata kesat, mencabar keputusan pengadil dan kelakuan tidak sopan seperti menendang papan iklan, bergaduh dan lain-lain.

Satu lagi layangan kad dalam sukan badminton ialah berwarna hitam untuk hukuman paling berat yang memaksa pemain disingkirkan daripada permainan.

Baca Lagi:
“Berasal dari rumah ibu bapa tunggal”, akhirnya terdedah wanita yang bid nombor plat ‘FF9’ bernilai RM909,999
Nombor plat termahal RM638,000 ‘FF2’ diguna pada kereta Bezza, netizen mula siasat siapa sebenarnya wanita tepi pintu kereta
CATEGORIES