Fazura dedah tiga punca perceraian, antaranya dakwa Fattah berlaku curang

Photo of author

By Joe

Fazura dedah tiga punca perceraian, antaranya dakwa Fattah berlaku curang. Aktres Nur Fazura mendakwa isu kecurangan dan culas membayar nafkah sebagai punca perceraiannya dengan bekas suaminya, pelakon Fattah Amin.

Memperincikan perkara itu, Fazura, yang nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, turut menyatakan bahawa sikap tidak bertanggungjawab Fattah menyebabkan hidupnya menjadi sengsara sehingga dia nekad untuk memfailkan perceraian.

“Keputusan ini bukan diambil dengan sewenang-wenangnya. Saya telah hidup dalam sengsara selama bertahun-tahun dan sudah memikirkan keputusan ini dengan panjang lebar.

Fazura dedah tiga punca perceraian, antaranya dakwa Fattah berlaku curang

“Selama ini, saya memilih untuk berdiam demi menjaga aib saya, Fattah, dan masa depan anak kami, Nur Fatima Aisya.”

“Disebabkan banyak spekulasi yang beredar, saya ingin menjelaskan di sini bahawa punca perceraian ini adalah kerana Fattah mengabaikan nafkah saya dan anak setelah sekian lama.

“Kami juga tidak mempunyai persefahaman dan sudah lama tidak bahagia. Saya tertekan, tetapi saya tetap bertahan.

“Alasan ketiga yang membuatkan saya tidak dapat menerimanya adalah kerana Fattah berlaku curang terhadap saya.

“Saya mempunyai bukti Fattah curang,” katanya dengan linangan air mata, ketika ditemui pada prosiding kedua kes perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, pagi tadi.

Dalam pada itu, pelakon filem Dendam Pontianak itu menyangkal dakwaan bahawa dia memfailkan perceraian kerana tidak sekufu dengan Fattah.

“Saya telah berkorban banyak untuk Fattah. Saya menyediakan tempat tinggal, makanan, dan bahkan menghadiahkan kereta Range Rover untuk keselesaan beliau.

“Kenderaan ini dibawa oleh Fattah bersama wanita yang haram baginya.

“Oleh itu, dakwaan bahawa saya tidak sekufu dengan Fattah adalah tidak benar sama sekali.

“Saya menerima Fattah dan keluarganya seadanya. Jika kami tidak sekufu, saya tidak akan berkahwin dengannya dari awal.

“Namun, segala pengorbanan saya telah diambil kesempatan, dan itu yang membuatkan saya sangat kecewa. Saya kesal kerana banyak berkorban untuknya,” luah Fazura.

Terdahulu, Fattah dan Fazura bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45 pagi.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berumur 4 tahun.

@mameifan #fattah #fazura #curang #curangitupilihan #fattahamin #matkilau #matkilaukebangkitanpahlawan #fattahamin #fazuralovers ##trendingmalaysia #artiscurang #fypmalaysia #fypmalaysia🇲🇾 #fypmalaysia🇲🇾tiktok #tiktokmalaysia ♬ bunyi asal – sicupu

Baca Lagi:
Tak salam dengan menteri, CEO MADACorp mohon maaf kepada Mohamad Sabu
Kerusi plastik merah ganti pelamin, pasangan pengantin baru ini raih perhatian
Juhi Chawla pelakon wanita terkaya di India, miliki kekayaan RM2.29 billion