Fazley Yakoob kongsi kisah ‘mistik’ semasa sanding dengan anak Rosmah, semua kereta tetamu ditoreh. Setiap perkahwinan pasti ada kisah disebaliknya begitu juga dengan penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob yang berkongsi pengalaman pelik yang dialaminya ketika majlis persandingan dia dan isteri 17 tahun yang lalu.
Menurut hantarannya di Instagram baru-baru ini yang memaparkan gambar-gambar bersama pasangannya dulu, terdapat beberapa hal janggal atau mistik yang berlaku seperti tragedi semua kereta tetamu yang hadir ditoreh dengan pisau dan batu.
Pelbagai lagi perkara mistik yang turut kami tempuhi ketika itu. Syukur pada Allah. Semua yang cuba digagalkan.
Bukan itu sahaja, selain dari kompilasi foto-foto ketika majlis sanding, abang ipar kapada pelakon Mawar Rashid ini turut tak lupa berterima kasih kepada isterinya, Datin Azrene Ahmad kerana sanggup kekal bersamanya dan menempuhi rintangan rumah tangga bersama hingga kini.
Untuk info, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 7 November 2007 dan dikurniakan empat anak.
View this post on Instagram