
Fatin Afeefa nikah secara rahsia
Fatin Afeefa nikah secara rahsia. Pelakon Fatin Afeefa bergelar isteri kepada jejaka dikenali sebagai Aliff Awang pada majlis pernikahan secara tertutup yang dipercayai diadakan di Putra Glass Hall, Subang Jaya, malam ini.
Sumber berkata, pemilik nama lengkap Fatin Nur Afifah Shamsudin itu dan pasangannya bergelar suami isteri kira-kira jam 8.40 malam tadi dengan sekali lafaz.
Dalam masa sama, berita gembira itu turut dikongsi jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa yang juga pendandan untuk pelakon filem Tentang Bulan.
“Fatin Afeefa, congrats dear (tahniah), thank you for having me (terima kasih kerana mendapatkan khidmat saya),” tulis Alha ringkas menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya yang turut memaparkan Fatin mengenakan busana serba putih.
@alhaalfaofficial tahniah dear @bukan fatin afeefa ❤️ makeup using @AlhaAlfaCosmeticsHQ ♬ Wedding piano songs – Cookey
Sementara itu, tinjauan BH Online dalam IG Aliff turut mendapati memuatnaik hantaran dengan mengenakan baju melayu lengkap serba putih.
Bagaimanapun, sehingga kini, Fatin tidak memuat naik sebarang hantaran dalam laman sosial yang mengesahkan dirinya kini sudah bergelar isteri kepada Aliff ataupun berkenaan majlis pernikahan itu.
@fatinafeefa8Kunfayakun. Assalamualaikum sayang ♡
Terdahulu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 7.