Facebook umum video ‘Facebook Live’ akan dipadam selepas 30 hari. Facebook sebelum ini telah mengumumkan bahawa mereka akan mula mengimplementasikan kaedah baharu dalam pengurusan video siaran langsung di platform Facebook, di mana video Facebook Live akan dipadam selepas 30 hari.
Lanjutan daripadanya, kini pihak Facebook turut telah memaklumkan kepada semua pengguna di platform mereka bahawa video-video Facebook Live sebelum ini akan mula dipadam bermula 26 Jun 2025 kelak.
Pengguna yang mempunyai video Facebook Live boleh memilih untuk memuat turun video tersebut sekiranya ingin menyimpannya, atau membiarkannya sahaja sekiranya ingin dipadam sepenuhnya.
Bagi anda yang sering aktif membuat siaran langsung di Facebook, anda boleh menyemak laman khusus yang disediakan untuk mula memuat turun video-video Facebook Live anda yang lama sebelum ia hilang begitu sahaja.