Exco pemuda UMNO umum letak jawatan

Exco pemuda UMNO umum letak jawatan

Exco pemuda UMNO umum letak jawatan. Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin mengumumkan peletakkan jawatannya berkuat kuasa serta merta pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan akan turut melepaskan kedudukannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai.

Menurutnya, tindakan itu diambil kerana demokrasi sudah mati dalam parti berkenaan dan turut menyifatkan kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) ketika ini sebagai paling penakut dalam sejarah UMNO.

Exco pemuda UMNO umum letak jawatan

“Saya akan serahkan surat rasmi perletakan jawatan dalam minggu ini.

“Tiada guna orang muda seperti saya dan lain-lain berjuang untuk perjuangan nenek moyang bangsa agama kami tetapi dipimpin oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya pada Sabtu.

Pada Jumaat, mesyuarat MKT memutuskan pemecatan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pada masa sama, beberapa pemimpin lain turut digantung selama enam tahun antaranya Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas naib presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Baca Lagi:
Netizen berjaya jejak lelaki yang berani lawan Mas Idayu 8 tahun lalu
Senarai ahli Umno dipecat dan digantung selama 6 tahun
Simbah air menggelegak pada anak 6 tahun kerana bising mengganggu tidur, bapa dipenjara 6 tahun
CATEGORIES