Enam beradik lemas dalam perigi dicampak ibunya sendiri

Enam beradik lemas dalam perigi dicampak ibunya sendiri

Enam beradik lemas dalam perigi dicampak ibunya sendiri.

Enam kanak-kanak termasuk lima kanak-kanak perempuan, lemas selepas dicampak oleh ibu mereka ke dalam perigi, ketika bertengkar dengan suaminya dalam kejadian Isnin llau di Maharashtra Raigad.

Selepas mencampak semua anaknya di dalam perigi, Runa Chikhuri Sahni, 30, didakwa cuba terjun ke dalam perigi itu tetapi berjaya diselamatkan oleh penduduk yang menyaksikan kejadian itu.

Malangnya, kesemua anak-anaknya yang berusia dari 18 bulan hingga 10 tahun telah lemas sebelum dikeluarkan oleh penduduk. Tindakan Runa itu telah menyebabkan enam anaknya iaitu, Roshni (10), Karishma (8), Reshma (6), Vidya (5), Shivraj (3) dan Radha (2) meninggal dunia.

Enam beradik lemas dalam perigi dicampak ibunya sendiri

Menurut Pegawai Polis Kanan, Ashok Dudhe berkata, suspek telah ditahan polis dan didakwa atas pertuduhan membunuh.

Kejadian itu katanya berlaku di sebuah perkampungan di Mahad, kira-kira 100 kilometer dari Mumbai, pada waktu tengah hari. Suspek bertindak sedemikian selepas bertengkar dengan suaminya yang gemar minum minuman keras.

Difahamkan, keluarga itu berasal dari Uttar Pradesh dan datang ke Maharashtra untuk mencari pekerjaan yang lebih baik.

Polis turut menahan suaminya, Chikhuri, 32, selepas Runa mengadu kepada polis yang dia kerap dipukul oleh suami. Berkata kepada pegawai penyiasat, Chikhuri tidak menyangka Runa tergamak mengambil tindakan drastik seperti itu.

Menurut Chikhuri, pada hari kejadian dia bertengkar dengan isterinya mengenai hal kebersihan rumah menyebabkan Runa marah dan keluar dari rumah bersama anak-anaknya tanpa memberitahu ke mana arah tuju mereka.

“Suspek terus pergi ke perigi dan mula mencampak anak-anaknya dan kemudian cuba membunuh diri tetapi tidak berjaya.

“Runa juga memberitahu kami bahawa dia pernah didera oleh suaminya dan turut diserang sehari sebelum kejadian.

“Berdasarkan aduan Runa, kami telah mendaftarkan kes itu kepada kes keganasan rumah tangga, serangan dan ugutan jenayah terhadap Chikhuri. Dia telah ditahan atas dakwaan itu dan akan dihadapkan ke mahkamah,” kata polis.

Apabila ditanya mengenai Chikhuri, polis mengatakan lelaki itu berada dalam kesedihan dan mengaku telah menyerang isteri tetapi tidak pernah menjangka Runa akan membunuh anak-anak mereka.

Baca Lagi:

Tun M dah berjanji dan tandatangan jadi PM selama 2 tahun, saya sebagai saksi – Husam

Cara atasi dengan mudah “kalau tombol pintu selalu terkunci dari dalam”

Ikan melompat dari air, tersangkut pada kerongkong pemancing

CATEGORIES