Elon Musk ‘u-turn’ batalkan Tesla melabur di Indonesia, ini reaksi Jokowi

Photo of author

By Joe

Elon Musk ‘u-turn’ batalkan Tesla melabur di Indonesia, ini reaksi Jokowi. Presiden Joko Widodo (Jokowi) menyatakan bahawa Indonesia tidak akan bergantung pada satu atau dua jenama sahaja dalam membangunkan industri kenderaan elektrik (EV) di negara ini, lapor akhbar Kompas hari ini.

Jokowi berkata demikian selepas pemilik syarikat Tesla, Elon Musk, yang merupakan manusia paling kaya di dunia, membatalkan pelaburannya dalam perusahaan EV di Indonesia.

“Saya beranggapan bahawa kita tidak bergantung pada satu atau dua jenama sahaja (Tesla),” kata Jokowi semasa melakukan lawatan kerja ke Batang, wilayah Jawa Tengah hari ini.

Elon Musk 'u-turn' batalkan Tesla melabur di Indonesia, ini reaksi Jokowi

Beliau berkata, sehingga kini, banyak industri EV dari luar negara telah membuka kilang di Indonesia.

Contohnya, kata Jokowi, syarikat PT Hyundai LG Indonesia (HLI) Green Power yang memiliki kilang bateri EV di Karawang, Jawa Barat.

Menurutnya, sebelum ini juga, banyak jenama terkenal lain telah menapak di Indonesia.

“Sehingga bukan hanya Hyundai sahaja yang sudah masuk, ada Wuling, BYD, VinFast, dan satu lagi Chery,” kata Jokowi.

Di Kawasan Industri Terpadu Batang sendiri, terdapat beberapa kilang yang akan beroperasi, tambah Jokowi.

Baca Lagi:
Pusat Konvensyen Shah Alam akan diroboh
Geram majikan hanya terima graduan ijazah, lelaki lepasan SPM kecewa tak dapat kerja cuci pinggan di Singapura
“Kotor sangat ke aku ni?”, Suami buang semua lauk yang aku masak selepas jumpa sehelai rambut