Ellie Surianty minta doa cepat bertemu jodoh dengan pendakwah

Ellie Surianty minta doa cepat bertemu jodoh dengan pendakwah

Ellie Surianty minta doa cepat bertemu jodoh dengan pendakwah. Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty berkata dia tidak menolak seandainya kembali bertemu jodoh dengan lelaki yang sesuai suatu hari nanti.

Memetik mStar Online, Ellie berkata dia turut memohon doa agar dipertemukan dengan lelaki yang baik untuk dijadikan teman hidup.

“Belum lagi (berkahwin). InsyaAllah doanya,” katanya.

Difahamkan, Ellie berkongsikan mengenai perkara itu selepas ditanya tentang jodoh menerusi sebuah video yang dimuat naik personaliti dakwah, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar di media sosial miliknya.

Ellie Surianty minta doa cepat bertemu jodoh dengan pendakwah

Menerusi video itu, pendakwah itu sempat berkongsikan petikan doa yang boleh diamalkan untuk segera bertemu jodoh kepada Ellie.

Kata Asmawi, potongan ayat daripada surah Yasin, ayat ke-36 adalah salah satu doa cara untuk dapatkan jodoh yang baik dengan izin Allah. Ujarnya lagi, ayat tersebut boleh diamalkan setiap hari dengan membaca sebanyak 33 kali.

Terdahulu, Ellie pernah berkahwin dengan Azri Iskandar pada 2003 namun bercerai selepas 19 tahun hidup bersama. Pasangan itu dikurniakan tiga orang anak, Azrell, Nur Azreen dan Nur Aliah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bomo Pencen (@tuanasmawi)

Baca Lagi:
Simpan harta ratusan billion ringgit di luar negara, bekas Menteri Kewangan disiasat SPRM
Ibu dipandang hina kerja kilang, sekali bila tunjuk ‘slip gaji’ buat ramai terkejut
Rezeki kahwin, abang Grab dapat jakpot jumpa pelanggan pemurah bagi tip RM500 tunai
CATEGORIES