Elak daripada kena tipu, ini 8 tips pilih durian yang ramai orang tak tahu

Photo of author

By Joe

Elak daripada kena tipu, ini 8 tips pilih durian yang ramai orang tak tahu. Musim durian kembali lagi, pasti ramai yang sudah menerjah kedai-kedai untuk mendapatkan raja buah ini.

Seperti yang kita tahu, durian mempunyai pelbagai jenis dari rasa yang biasa hingga yang luar biasa.

Anggaran harga juga berbeza mengikut jenis durian yang dipilih. Pada musim ini, anda pasti akan melihat ramai penjual di tepi jalan dengan harga yang lebih rendah.

Elak daripada kena tipu, ini 8 tips pilih durian yang ramai orang tak tahu

Tambahan pula, di kedai, setiap hari pasti akan ramai lagi orang tambahan jika mereka membuat promosi yang betul, bukan?

Walau bagaimanapun, semasa membeli durian, penting untuk anda mengetahui beberapa tips agar anda tidak terkena tipu dengan penjual. Mari kita lihat tips-tips di bawah yang dikongsikan daripada Portal Data Agrikultur.

1. Pilih durian yang lebih ringan

Elak daripada kena tipu, ini 8 tips pilih durian yang ramai orang tak tahu

Biasanya, semakin berat buah itu, bijinya akan lebih besar. Oleh itu, isinya mungkin lebih sedikit.

Jika anda ingin durian dengan banyak isi, pilihlah saiz yang lebih ringan jika kedua-dua durian kelihatan hampir sama saiz.

2. Perhatikan tangkai durian

Elak daripada kena tipu, ini 8 tips pilih durian yang ramai orang tak tahu

Kemudian, anda perlu mengambil perhatian kepada tangkai durian. Pilih tangkai durian yang lebih pendek dan tebal. Biasanya, ini menandakan bahawa isi durian itu tebal dan banyak.

Selain itu, pilih tangkai durian yang tidak terlalu kering. Tangkai yang kering dan kecut menunjukkan bahawa durian tersebut telah lama dipetik.

3. Dengar bunyi durian apabila digoncang

Elak daripada kena tipu, ini 8 tips pilih durian yang ramai orang tak tahu

Durian yang berbunyi apabila digoncang menandakan isi buah sudah matang dan kering.

Isi durian yang lembik dan lembap cenderung melekat pada dinding kulit durian, dan ini menyebabkan durian kurang berbunyi apabila digoncang.

4. Pilih durian yang terbelah menjadi lima bahagian

Elak daripada kena tipu, ini 8 tips pilih durian yang ramai orang tak tahu

Bahagian bawah durian boleh dilihat beberapa jumlah belahan durian. Biasanya antara 5-6 belah. Pilih yang belah 5 kerana isinya lebih banyak.

5. Hidu bau durian

Elak daripada kena tipu, ini 8 tips pilih durian yang ramai orang tak tahu

Durian yang bagus dan sudah masak mengeluarkan bau yang manis dengan kombinasi aura pahit.

6. Elak beli durian yang besar pendek dan duri jarang

Elak daripada kena tipu, ini 8 tips pilih durian yang ramai orang tak tahu

Elakkan beli durian yang memiliki duri yang panjang dan rapat-rapat. Biasanya durian dengan duri yang pendek, besar dan jarang-jarang memiliki isi yang lebih bagus.

7. Elak beli ketika musim hujan

Elak daripada kena tipu, ini 8 tips pilih durian yang ramai orang tak tahu

Bila musim hujan yang berangin, banyak buah durian yang gugur biarpun belum cukup masak. Namun, penjual tetap menjual buah tersebut biarpun belum cukup matang.

8. Pilih durian berbentuk bulat

Elak daripada kena tipu, ini 8 tips pilih durian yang ramai orang tak tahu

Difahamkan, durian yang berbentuk bulat memiliki jumlah isi yang lebih banyak berbanding durian berbentuk lonjong.

Sekarang dah tahu kan? Lepas ini senang nak pilih durian 🙂

Baca Lagi:
“Kalah rumah Menteri”- Ini senarai kediaman 9 selebriti paling mahal di dunia
Lelaki no.10 terkaya di dunia dermakan RM25 billion
4 lot tanah Genting bernilai RM65 juta dibeli oleh Malton