Ejen wanita produk kosmetik diculik 3 lelaki di Kelantan

Ejen wanita produk kosmetik diculik 3 lelaki di Kelantan

Ejen wanita produk kosmetik diculik 3 lelaki di Kelantan.

Wanita yang juga ejen jualan kosmetik dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini, petang semalam.

Mangsa, Rosnazirah Mohd Naim, 36, dilarikan tiga lelaki tidak dikenali pada 4.10 petang dengan menaiki Toyota Vios.

Menurut warisnya yang enggan dikenali, tiga lelaki itu datang ke rumah mangsa sebelum seorang daripada mereka mengetuk pintu dan memberi salam lalu dibuka oleh mangsa.

Ejen wanita produk kosmetik diculik 3 lelaki di Kelantan

“Lelaki itu bertanya adakah mangsa bernama Azi dan dia mengiyakannya sebelum terus mengheretnya keluar untuk dimasukkan dalam kereta.

“Tiga lelaki itu turut menunjukkan pistol masing-masing kepada bapa dan anak perempuan mangsa yang berada dalam rumah selain mengugut akan mengapa-apakan mereka jika membuat sebarang tindakan.

“Bapa mangsa yang melihat Azi diheret masuk ke dalam kereta cuba untuk menyelamatkannya, namun seorang daripada lelaki itu mengacukan sebilah pisau rambo menyebabkan warga emas itu berundur dan hanya melihat mangsa dilarikan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Menurutnya, pihaknya menerima maklumat bahawa Azi dibawa ke arah Pengkalan Kubor iaitu kawasan sempadan negara menyebabkan suami mangsa bergegas ke lokasi, namun mangsa gagal ditemukan.

Katanya, terdapat saksi yang juga penduduk setempat mendakwa melihat seorang wanita dibawa sekumpulan lelaki menaiki bot menuju ke negara jiran, manakala Toyota Vios yang dinaiki turut ditemukan di sebuah pangkalan haram di situ.

“Suami mangsa juga turut menjejakinya hingga ke negara jiran dan masih belum pulang sehingga ke hari ini.

“Apa yang kami tahu Azi tidak mempunyai musuh dan sehingga kini kami tidak menerima panggilan yang meminta wang tebusan… tapi tidak pastilah jika ada yang tidak berpuas hati dengannya sepanjang dia menjalankan perniagaan kosmetik.

“Ibu bapanya masih terkejut dan bersedih dengan kejadian ini dan pada masa sama kami turut membuat solat hajat selain berdoa agar Azi segera ditemukan dengan selamat,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) dari kediaman mangsa yang berdurasi dua minit 51 saat memaparkan kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dibuat dan turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Baca Lagi:

Tular video isu wanita bangun lewat, Hannah Yeoh gesa Rina Harun dipecat

Mayat lelaki dipercayai saksi utama kes rasuah ditemui rentung tanpa kepala

Ini fakta yang perlu anda tahu kenapa harga tiket ke Sabah dan Sarawak mahal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *