Ebit Lew berdepan 11 tuduhan gangguan seksual, bakal dibicarakan September ini

Ebit Lew berdepan 11 tuduhan gangguan seksual, bakal dibicarakan September ini

Ebit Lew berdepan 11 tuduhan gangguan seksual, bakal dibicarakan September ini.

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan bin Ibrahim Lew, 38 akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah pada 27 hingga 30 September depan di atas 11 tuduhan gangguan seksual.

Perbicaraan bermula 27 September depan

Menerusi laporan dari The Merdeka Times, Ebit didakwa di atas 11 pertuduhan menurut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Ebit Lew berdepan 11 tuduhan gangguan seksual, bakal dibicarakan September ini

Pihak Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan sewaktu dihubungi sumber telah mengesahkan hal tersebut.

Ebit Lew berdepan 11 tuduhan gangguan seksual, bakal dibicarakan September ini

Sebelum ini mengaku tak bersalah

Untuk makluman, pada 18 Februari lalu, pendakwah berkenaan telah dihadapkan ke Mahkamah Litar Pejabat Daerah Tenom, Sabah bagi menghadapi 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.

Walau bagaimanapun, Ebit bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Pendakwah yang terkenal dengan tagline ‘Allah Sayang’ itu juga telah dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

Ebit Lew berdepan 11 tuduhan gangguan seksual, bakal dibicarakan September ini

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman memaklumkan yang Ebit berdepan pertuduhan membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

Baca Lagi:

Peniaga ikan bingung, dakwa dilanggar van polis tapi kena saman pula…

Memalukan ! Kereta kebal ATM rosak tengah jalan punca jalan sesak, ‘belum perang dah rosak’- Netizen

Sebelum tinggalkan rumah, kena letak duit syiling dalam ‘freezer’, ini sebabnya yang ramai belum tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published.