Durian king harga kayangan kini sudah jadi harga mampu milik untuk semua

Durian king harga kayangan kini sudah jadi harga mampu milik untuk semua

Durian king harga kayangan kini sudah jadi harga mampu milik untuk semua. Durian musang king yang sebelum ini dijual dengan harga kayangan kini menjadi buah mampu milik apabila dijual dengan harga serendah RM17 sekilogram.

Difahamkan pengeluaran durian musang king kali ini adalah yang terbanyak dalam tempoh tiga tahun sehingga menyaksikan berlaku lambakan ketika puncak pengeluaran.

Bagaimanapun, harga raja buah berkenaan dijangka akan kembali naik bermula bulan depan selepas hasil pengeluaran semakin berkurangan.

Durian king harga kayangan kini sudah jadi harga mampu milik untuk semua

Seorang peniaga Tengku Rezza Tengku Abdul Razak berkata, meskipun musim hujan, namun permintaan durian musang king begitu menggalakkkan lebih-le­bih lagi apabila raja buah itu dijual serendah RM17 sekilogram.

“Saya hanya menjual musang king Raub yang dikatakan mempunyai rasa terbaik, di mana hari ini (semalam) sahaja saya dapat menjual 35 bakul kepada pelanggan dalam dan luar negeri.
“Musim kali ini musang king paling menjadi dan bulan ini pengeluarannya berada di puncak menyebabkan ia dapat dijual dengan harga yang lebih rendah,” katanya di sini semalam.

Durian king harga kayangan kini sudah jadi harga mampu milik untuk semua

Menurut Tengku Rezza, bagi memastikan kualiti buah, dia sendiri akan memilih buah musang king dari kebun di Raub dengan jaminan kualiti setiap buah yang dijual.

Katanya, dia hanya menjual musang king Raub memandangkan penggemar durian sentiasa mencari durian Raub yang mempunyai rasa manis dan pahit.

Dalam pada itu seorang pe­langgan, Hafizah Abdul Razak, 35, berkata, dengan harga durian musang king yang berpatutan itu, dia dan keluarga dapat menikmati raja buah itu dengan puas dan berbaloi.

Katanya, selain membeli untuk diri sendiri, dia juga membeli untuk jiran dan rakan-rakan yang membuat pesanan selepas dia memaklumkan harga durian yang berpatutan.

“Kali ini memang saya puas hati, buah yang baik dengan harga yang amat berpatutan, kalau macam ini semua orang boleh makan musang king dan saya harap harga berkenaan akan ­terus seperti ini.

“Hari ini (semalam) saya dan keluarga bukan sahaja makan di kedai malah boleh beli untuk dibawa balik untuk dimakan bersama keluarga,” katanya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Baca Lagi:
KKD bakal umum berita baik untuk B40, M40 menjelang Krismas
Tragedi Tanah Runtuh: GPR kesan benda asing di lokasi SAR
Kereta Proton Saga muncul dalam siri Mr.Bean akhirnya terjawab
CATEGORIES