Dunia terbalik, pasangan tangkap khalwat dibela netizen, pengawal disalahkan

Photo of author

By Joe

Dunia terbalik, pasangan tangkap khalwat dibela netizen, pengawal disalahkan. Sebuah video viral apabila memperlihatkan sepasang kekasih ditangkap melakukan perbuatan tidak senonoh di kawasan meletak kereta di sebuah pusat membeli belah di Bandung, Jawa Barat.

Terlihat remaja lelaki berkenaan yang hanya memakai seluar pendek berwarna hitam telah ditahan oleh pengawal keselamatan. Ketika seorang pengawal keselamatan ingin membuka pintu kereta bahagian belakang, remaja tersebut telah menghalangnya dan kemudian berlakulah aksi kejar mengejar antara pegawai keselamatan dengan remaja berkenaan.

Remaja lelaki tersebut telah melarikan diri dengan keretanya ketika ingin diperiksa oleh pengawal keselamatan. Sementara itu, pegawai keselamatan cuba berlari untuk menahan pasangan berkenaan.

Dunia terbalik, pasangan tangkap khalwat dibela netizen, pengawal disalahkan

Ramai wargamaya mengecam aksi berlebihan pegawai keselamatan tersebut. Mereka menganggap pasangan berkenaan dikejar seperti pencuri. Rata-rata komen netizen menyebelahkan pasangan berkenaan dengan mengatakan pasangan itu tidak merugikan orang lain dan juga mereka bukan pencuri. Ada juga yang meninggalkan komen sinis seperti mempersoalkam masalah itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by interaktive (@interaktive_)

Baca Lagi:
Ramai warganet tidak puas hati, ini sebab kenapa Siti Nurhaliza layak dipilih sebagai pakar di UMCCed
“Setiap bulan aku kena bagi duit dekat isteri pertama suami, mereka bercuti luar negara aku yang kena tanggung semua kos, sampai lah aku sedar, sebenarnya..”
Wanita tolak tawaran kerja gaji RM9,000 sebab tempat kerja ramai ‘Type C’