Dulu pernah ditolak bekerja sebab bertudung, sekarang wanita ini buktikan mampu buka restoran sendiri di Korea

Photo of author

By Joe

Dulu pernah ditolak bekerja sebab bertudung, sekarang wanita ini buktikan mampu buka restoran sendiri di Korea. Zaman sekarang, bukan senang mahu mendapat pekerjaan

Bukan saja di negara sendiri, tetapi di negara luar juga. Hal ini kerana bekerja di luar negara banyak syaratnya yang kita perlu patuhi. Namun, jika masih tidak dapat bekerja itu bukanlah satu alasan untuk kita terus patah semangat.

Seperti video di TikTok ini yang memaparkan seorang wanita membuktikan berjaya membuka restoran sendiri di Korea selepas melalui pengalaman pahit telah mencuri perhatian ramai.

Dulu pernah ditolak bekerja sebab bertudung, sekarang wanita ini buktikan mampu buka restoran sendiri di Korea

Bukti mampu buka restoran di negara orang

Menerusi video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Kim Seri itu berkongsi pengalaman pahitnya ketika berada di Korea.

Difahamkan, pada masa itu dia ingin meminta kerja di sebuah restoran. Namun, pekerja yang bertugas memberitahu mereka terpaksa menolak kerana tidak menerima pekerja yang memakai tudung.

Pengalaman pahit itu masih dirasakannya sehingga hari ini. Siapa sangka, dengan usaha, berkat dan doa. Dia kini berkongsi mampu membuka restoran sendiri di Myeondong, Seoul, Korea Selatan.

“Yeay another halal food in Korea” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka dan tumpang gembira atas pembukaan restorannya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 160K likes dan 3,630 comments di TikTok.

@kimseri_eina Counting the days ❤️ #kimseridiseoul #kimserirestaurant ♬ original sound – KIM SERI 세리

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Dulu pernah ditolak bekerja sebab bertudung, sekarang wanita ini buktikan mampu buka restoran sendiri di Korea

Dulu pernah ditolak bekerja sebab bertudung, sekarang wanita ini buktikan mampu buka restoran sendiri di Korea

Dulu pernah ditolak bekerja sebab bertudung, sekarang wanita ini buktikan mampu buka restoran sendiri di Korea

Bangga tengok anak Malaysia mampu capai cita-cita mereka 🙂

Baca Lagi:
Tempat ‘healing’ paling rare dalam dunia berkelah di udara, tak sangka harga untuk 15 minit mengejutkan
“Aku dibuang keluarga kerana kahwin dengan lelaki idaman tapi bila rahsia suami terbongkar, aku pula dicerai dan dihalau sehelai sepinggang”
Akhirnya terjawab macam mana radio pilih lagu untuk diputarkan, Haniff ERA dedah proses yang ramai tak tahu