“Dulu diatas pentas yang penuh gah, sekarang dibawah rumah je”

Photo of author

By Joe

“Dulu diatas pentas yang penuh gah, sekarang dibawah rumah je”. Banyak yang terharu mengenangkan Hafiz Suip yang pernah muncul di pentas besar selepas video dia menyanyikan lagu hitnya, Ku Akui, menjadi viral di bawah rumah.

Dalam video yang dikongsi oleh pemilik akaun TikTok, arechailee77, Hafiz, yang memakai T-shirt biasa dan berkopiah, berkaraoke dengan penuh penghayatan menyanyikan lagu tersebut.

"Dulu diatas pentas yang penuh gah, sekarang dibawah rumah je"

“Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersamamu lagi
Akan ku jaga
Sebaik baik cinta ini wow”
“Kini ku rasa kehilangan
Ku sedar betapa pentingnya kau disisi….” antara lirik dinyanyikan Hafiz.

Ramai terkenang Hafiz Suip yang pernah bersinar di pentas utama. Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai yang kagum dengan suara penyanyi yang memenangi Anugerah Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-25, 26, 27, dan 34.

Ada yang mengaku terasa sedih melihat Hafiz yang dahulu pernah gemilang di pentas besar dengan lagu-lagu popularnya, namun kini memilih untuk tidak begitu menonjol dalam industri hiburan.

@arechailee77Hafiz suip comeback

♬ original sound – arechailee77 – Fadlee

"Dulu diatas pentas yang penuh gah, sekarang dibawah rumah je"

Sayu kenang Hafiz Suip, harap buat comeback kembali

Walau bagaimanapun, para peminatnya masih lagi berharap supaya pemilik nama sebenar, Mohd Hafiz bin Mohd Suip, 34 untuk kembali bangkit dan mewarnai dunia tarik suara seperti sebelum ini kerana dia mempunyai bakat yang cukup berharga.

"Dulu diatas pentas yang penuh gah, sekarang dibawah rumah je"

"Dulu diatas pentas yang penuh gah, sekarang dibawah rumah je"

"Dulu diatas pentas yang penuh gah, sekarang dibawah rumah je"

Terdahulu, ‘kehilangan’ Hafiz Suip di Instagram menjadi tanda tanya lebih-lebih lagi ada dakwaan bahawa rumah tangga yang dibina bersama Nureffy Jesreel Abdullah sedang bermasalah.

Namun, penyanyi kelahiran Sarawak terbabit tidak memberikan sebarang komen dan hanya berkongsi kehidupan sehariannya di platform TikTok dengan meyatakan lebih seronok menggunakan media sosial berkenaan.

Baca Lagi:
Jangan main letak je dalam ‘Freezer’! Ini cara betul simpan daging korban yang akan kekal tahan lama dan segar
Pengantin lelaki dipukul selepas Ijab Qabul
Penyelam Malaysia maut tersangkut di kipas bot ketika bersih kapal di Singapura