Dulu budak-budak selalu buat main haiwan ini, rupanya bernilai RM4,000 sekilo

Dulu budak-budak selalu buat main haiwan ini, rupanya bernilai RM4,000 sekilo

Dulu budak-budak selalu buat main haiwan ini, rupanya bernilai RM4,000 sekilo. Apabila anda masih kecil, anda mungkin sering mencari binatang bernama undur-undur ini di kawasan berpasir. Kemudian, anda akan meletakkannya di tangan anda dan haiwan ini akan berjalan ke belakang sebagaimana namanya.

Biasanya haiwan ini hidup di dalam pasir, dalam bentuk kubu kecil, untuk mendapatkan mereka, kita perlu menggerakkan pasir tersebut supaya haiwan ini keluar dari sarangnya. Walau bagaimanapun, selepas anda membesar mungkin anda lupa haiwan ini atau mungkin juga kanak-kanak pada hari ini tidak tahu haiwan ini kerana mereka lebih sibuk bermain gajet.

Rupanya, haiwan ini kini menjadi salah satu buruan kerana dipercayai mempunyai sifat yang luar biasa. Undur-undur, adalah sejenis serangga yang biasanya menyerang serangga-serangga lain yang lebih kecil seperti semut. Sekiranya haiwan serangga kecil ini masuk ke dalam sarangnya adalah sukar untuk serangga kecil itu melarikan diri kerana digigit oleh rahangnya yang kuat.

Haiwan undur-undur

Dulu budak-budak selalu buat main haiwan ini, rupanya bernilai RM4,000 sekilo

Haiwan yang jarang dilihat kerana kini ramai orang yang memburunya. Malah, haiwan ini rupanya adalah salah satu ubat herba di China dan dikatakan sangat jarang dilihat. Beberapa platform media sosial dan kedai dalam talian menjual haiwan ini pada harga yang agak tinggi, terutama di China.

Mereka menjualnya dari 10 gram dan mengandungi 69 ekor haiwan undur-undur, yang bermakna satu kilo haiwan ini bernilai ribuan ringgit. Menurut laman Toutiao, kira-kira 1 kilogram haiwan ini bernilai sekitar RM4,000++. Menurut kepercayaan, haiwan ini digunakan sebagai bahan asas pengubatan cina, dikatakan memiliki efek membersihkan panas dan detoksifikasi, penyebaran kahak dan diuretik. Selain, mempunyai ciri-ciri untuk merawat tekanan darah tinggi, batu karang, dan penyakit lain.

Dikatakan juga bahawa haiwan ini mempunyai daya permintaan yang kuat kerana harganya dan keuntungan yang tinggi, haiwan ini kini sangat sukar dicari kerana ia jarang ditemui.

Baca Juga : Nampak je sama, tapi lain sebenarnya..Ini jenis susu dalam tin yang ramai belum tahu

Ramai yang tak tahu dengan ‘Meter Minyak E’ berapa kilometer anda boleh pergi

Cara nak ‘Left’ group WhatsApp tanpa diketahui ahli lain

CATEGORIES
TAGS