Duit simpanan isteri 4 tahun habis licin, suami guna untuk kahwin lain, akhirnya ini yang jadi

Duit simpanan isteri 4 tahun habis licin, suami guna untuk kahwin lain, akhirnya ini yang jadi

Duit simpanan isteri 4 tahun habis licin, suami guna untuk kahwin lain, akhirnya ini yang jadi. Seorang lelaki dilaporkan tergamak menggunakan duit simpanan isterinya untuk berkahwin dengan kawannya sendiri selepas isterinya bersusah payah bekerja di luar negara selama empat tahun.

Memetik GH Page, wanita berusia 27 tahun itu berkongsi kisah sedihnya di akaun TikTok miliknya.

Menurut perkongsian itu, segalanya terbongkar selepas dia bercadang untuk kembali ke tanah airnya pada Jun 2023 tetapi menyedari baki akaunnya hanya tinggal kosong. Ternyata kesemua wang simpanannya telah dikeluarkan oleh suaminya sendiri.

Duit simpanan isteri 4 tahun habis licin, suami guna untuk kahwin lain, akhirnya ini yang jadi

“Saya baru dapat tahu hari ini bahawa suami saya telah gunakan semua wang saya selama empat tahun dan saya merancang untuk pulang ke rumah pada bulan Jun,” tulis wanita itu.

Dalam perkongsian muat naik video yang berlainan, wanita itu turut mengadu nasibnya yang malang kerana mempercayai suaminya.

“Saya fikir datang ke Arab Saudi akan menyelesaikan semua masalah saya. Tetapi kini setelah empat tahun, kosong baki dalam akaun saya kerana mempercayai suami,” tulis muat naik video tersebut.

Dia turut menambah bahawa dia mendapati pasangannya mempunyai isteri baharu namun wang yang dihantar untuk membuat rumah tidak nampak hasil.

Wang dihantar selama empat tahun untuk bina rumah

“Saya sudah menghantar gaji saya untuk dia selama empat tahun agar dapat membina rumah. Tetapi semalam saya dapati dia sudah berkahwin dengan wanita lain.

“Saya minta dia untuk membina rumah, tetapi semalam saya terkejut kerana dia tidak membeli walau sebiji batu pun untuk saya. Bayangkan simpanan selama empat tahun.” tulis dalam video muat naik yang berasingan.

Muat naik perkongsian wanita itu telah tular di media sosial dan turut mendapat komen reaksi pelbagai dari pengguna di seluruh dunia.

Mereka turut meninggalkan komen untuk memberikan wanita itu semangat dalam menjalani kehidupan.

“Jangan kembali, teruskan bekerja dan simpan untuk diri sendiri. Tapi kenapa anda sangat mempercayai lelaki? Saya apabila soal wang, ibu dan kakak pun tidak boleh dipercayai,” tulis seorang netizen.

“Ini sangat menyedihkan. Perkara ini juga pernah berlaku kepada seorang wanita lain yang merancang untuk berehat. Namun akhirnya separuh wang simpanannya telah dikeluarkan,” tulis seorang netizen yang berkongsi cerita.

“Kesian awak, hanya percaya kepada tuhan semuanya akan baik-baik saja. Keluarga saya pernah makan duit saya selama tiga tahun tetapi kini saya mulakan hidup baru,” tulis seorang lagi netizen yang berkongsi cerita yang hampir sama.

@katharine795 #katharine795 #fypシ゚viral #foryoupage @Katharine795 ♬ original sound – mkhululijoyisi

Baca Lagi:
Duit kertas koyak atau rosak jangan dibuang kerana ada cara untuk dapatkan duit baru balik
Pak Jamil banduan paling lama dipenjara di Malaysia kini bebas selepas 40 tahun
Wanita tuduh askar tak puasa, sekali ada lelaki bagi penjelasan padu!
CATEGORIES