Duit kertas RM1 lama dijual pada harga RM12,000

Duit kertas RM1 lama dijual pada harga RM12,000

Duit kertas RM1 lama dijual pada harga RM12,000. Duit lama boleh dijual dengan harga yang lumayan kerana ada ramai broker yang sanggup membeli dengan harga yang tinggi.

“Siapa ada duit kertas RM1 lama jualkan kepada kami, kami disini berbesar hati untuk membeli wang ringgit lama tersebut dengan harga sekeping RM12,000 mengikut keadaan wang tersebut tanpa koyak. Duit lama boleh dijual dengan harga yang lumayan kerana ada ramai broker yang sanggup membeli dengan harga yang tinggi.

Ramai yang pastinya sudah tertarik apabila membaca deskripsi seperti diatas, ditambah lagi dengan gambar yang digunakan untuk menarik perhatian anda.

Duit kertas RM1 lama dijual pada harga RM12,000

Wang kertas seringgit di atas sudah pastinya dimiliki oleh hampir kebanyakkan orang di Malaysia. Jadi secara tidak langsung, anda mesti nak tahu betulkah wang kertas 1 Ringgit ni boleh dijual pada harga RM12,000?

Inilah yang biasanya dilakukan oleh blogger-blogger bukan numismatik dan juga page-page Facebook, menarik perhatian anda untuk meninggalkan komen, like atau share artikel mereka.

Duit kertas RM1 lama dijual pada harga RM12,000

Persoalannya, betulkah duit kertas RM1 lama ini bernilai RM12,000?

Gambar yang digunakan di atas adalah milik akhbar online Mstar, disiarkan pada 29 Ogos 2014. Orang didalam gambar tersebut adalah Encik Syed Alwi Syed Omar yang menunjukkan wang kertas RM1 yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Cerita mengenai gambar tersebut diubah banyak kali oleh admin-admin blog dan pages Facebook yang tidak beretika ini semata-mata untuk mengejar pembaca blog atau pages Facebook. Tidak ada pun disebut harga wang kertas seperti di atas boleh dijual pada harga RM12,000 didalam artikel asalnya.

Wang kertas RM1 seperti didalam gambar tersebut tidak mempunyai nilai yang tinggi sehingga mencecah RM12,000 kecuali atas sebab-sebab numismatik (contohnya: solid numbers, wang gantian pertama dll). Walau bagaimanapun, jika wang kertas anda itu buruk, kotor dan berlipat jangan haraplah nak dapat harga RM12,000.

Wang kertas 1 Ringgit yang bernilai tinggi yang dimaksudkan oleh warga numismatik adalah wang 1 Ringgit Aishah atau wang kertas yang ditandatangani oleh Allahyarham Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang ke-6, pemilik sebenar tandatangan yang dikatakan sebagai tandatangan Aishah.

Kalau betul harga wang kertas 1 Ringgit ini mencecah RM12,000 sekeping, ada sesiapa yang nak beli? Kami jual murah-murah seribu Ringgit sekeping, dah kira rezeki kalau ada yang nak beli.

Baca Lagi:

Lelaki tapi nama perempuan, tak sangka rupanya ramai yang nama macam ini

Naikkan harga sayur, pasar raya di Shah Alam didenda RM70,000

Anak PM Nurul Ilham jadi mangsa buli jalan raya

CATEGORIES