Dua pekerja maut pasang kabel Telekom bawah tanah

Dua pekerja maut pasang kabel Telekom bawah tanah

Dua pekerja maut pasang kabel Telekom bawah tanah. Dua daripada tiga pekerja kontrak yang maut ketika melakukan kerja pemasangan kabel bawah tanah di Taman Sains Selangor 2, Cyberjaya dipercayai memasuki lurang tanpa mematuhi arahan larangan dikeluarkan penyelia mereka.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor menerusi kenyataan berkata, siasatan mendapati kejadian menimpa lelaki warga Indonesia berusia 30 hingga 42 tahun itu berlaku kira-kira pukul 3 petang, Isnin lalu.

Menurutnya, kesemua mangsa merupakan pekerja subkontraktor yang dilantik bagi kerja menaiktaraf infrastruktur telekomunikasi di kawasan berkenaan.

Dua pekerja maut pasang kabel Telekom bawah tanah

“Ketika kejadian mereka sedang mengenal pasti lurang dan dua daripadanya masuk tanpa menghiraukan arahan larangan yang dikeluarkan.
“Mangsa ketiga cuba membantu namun gagal dan terperangkap dalam lurang itu selain tidak mampu bergerak keluar biarpun diberikan peralatan berkaitan,” katanya.

Jelas kenyataan itu, JKKP Selangor mengeluarkan notis larangan serta merta berikutan kegagalan majikan mengawal kemasukan pekerja ke dalam ruang terkurung.

“Arahan Larangan Kacau Ganggu tempat kejadian turut dikeluarkan kepada pihak majikan.

“Tindakan perundangan akan diambil ke atas pihak bertanggungjawab jika wujud pelanggaran mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,” jelasnya.

Tambahnya, majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja termasuk melakukan kawalan risiko yang berkesan.

“Kejadian seumpama itu boleh dielak jika majikan melaksanakan penaksiran komprehensif mengikut Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC).

“Majikan perlu mengenalpasti bahaya di tempat kerja dan mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti,” ujarnya.

Terdahulu, tiga pekerja kontrak yang dilaporkan maut merupakan pekerja kontrak pemasangan kabel Telekom. Mangsa ditemui pengsan di dalam pembetung pada kedalaman lima meter.

Baca Lagi:
Selamba je lelaki ini rakam ‘pontianak’ makan ayam dalam reban
Pengusaha dobi terkejut, selama ini dapat job cuci karpet sejadah rupanya dari rumah PM10
Ramai tak tahu, ini beza ‘guna sebelum’ & ‘baik sebelum’ pada label produk makanan & minuman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *