Dua jalan di Negeri Sembilan ditukar nama bekas mufti dan Dr Cheng Man Hin

Dua jalan di Negeri Sembilan ditukar nama bekas mufti dan Dr Cheng Man Hin

Dua jalan di Negeri Sembilan ditukar nama bekas mufti dan Dr Cheng Man Hin. Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju menukar nama dua jalan utama di bandar ini kepada nama dua tokoh, masing-masing dalam hal ehwal agama dan politik, iaitu Allahyarham Datuk Sheik Mohd Murtadza Ahmad dan mendiang Dr Chen Man Hin.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata Jalan Sikamat ditukar menjadi Jalan Datuk Sheikh Mohd Murtadza Ahmad, iaitu bekas Mufti Negeri Sembilan manakala Jalan Temiang ditukar menjadi Jalan Dr Chen Man Hin, pengasas yang kemudian pengerusi dan penasihat seumur hidup DAP ketika hayatnya.

“Mendiang Dr Chen Man Hin adalah tokoh politik terkenal, manakala Allahyarham Sheikh Mohd Murtadza adalah bekas Mufti Negeri Sembilan. Mesyuarat EXCO bersetuju menukar nama kedua-dua jalan itu kepada nama tokoh berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu, di sini hari ini.

Dua jalan di Negeri Sembilan ditukar nama bekas mufti dan Dr Cheng Man Hin

Dalam perkembangan lain, Aminuddin menyokong penuh kesepakatan dicapai Kerajaan Perpaduan yang menetapkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tidak akan saling bersaing pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Beliau yang juga Pengerusi PKR merangkap Pengerusi PH Negeri Sembilan, berkata kesepakatan itu akan menunjukkan bahawa gabungan PH dan BN juga tidak akan bersaing dalam PRN di Negeri Sembilan yang perlu diadakan sekitar Julai tahun ini.

“Kita (Negeri Sembilan) sokong kesepakatan yang dicapai dalam mesyuarat sekretariat Kerajaan Perpaduan yang pertama yang dihadiri pemimpin PH dan BN di Ibu Pejabat UMNO di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Melalui kesepakatan itu, parti gabungan dalam PH dan BN tidak akan bersaing sesama sendiri pada PRN nanti. Keputusan yang dibuat ini adalah tepat untuk kebaikan bersama,” katanya yang juga Ahli Parlimen Port Dickson.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sebelum ini bahawa parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan telah mencapai kesepakatan untuk tidak saling bersaing dalam PRN di enam negeri.

Loke yang juga Menteri Pengangkutan dan Pengerusi DAP Negeri Sembilan dilaporkan berkata, PH akan menghadapi pilihan raya negeri dengan semangat kerjasama antara gabungan berkenaan.

Menurut Menteri Besar, pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Loke bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara berkenaan.

“Saya akan bincang dengan Anthony Loke dalam masa terdekat, termasuk berkaitan pembahagian kerusi antara parti gabungan sebagai persiapan menghadapi PRN nanti. Perkara ini (kesepakatan) baru permulaan dan seterusnya pelbagai perkara lain berkaitan PRN akan dibincangkan kemudian,” katanya.

Aminuddin sebelum ini memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 1 Jun depan bagi memberi laluan kepada PRN.

Baca Lagi:
Bekas penjaga gol Terengganu tak menyesal ‘melawan’ nasihat jurulatih, kini seronok jual sayur
Lelaki ini dedah ada rahsia dibelakang resit ATM yang korang selalu buang tu
Selepas 26 tahun, Presiden Jerman datang kembali melawat Malaysia
CATEGORIES