Dua beradik ditahan kes seret penyampai berita TV3

Dua beradik ditahan kes seret penyampai berita TV3

Dua beradik ditahan kes seret penyampai berita TV3.

Dua beradik ditahan bagi membantu siasatan kes penyampai berita TV3, Khairul Rizuan Azizan yang cedera diseret ketika cuba mengejar penjenayah yang memecah tingkap kereta miliknya di Damansara Perdana dekat sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata, suspek adalah seorang lelaki dan wanita tempatan masing-masing berusia 31 serta 24 tahun ditahan di satu lokasi di Puncak Alam, Selangor.

Menurutnya, polis juga merampas barang kes dipercayai hasil kejadian samun itu termasuk sebuah kereta yang digunakan oleh suspek dalam jenayah itu.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek lelaki mempunyai empat rekod penyalahgunaan dadah, 15 rekod jenayah dan dua rekod masih disenarai hitam bagi kes penyalahgunaan dadah dan sebagai orang dikehendaki dalam kes penyalahgunaan dadah.

“Suspek wanita itu pula tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Harian Metro semalam melaporkan penyampai berita, Khairul Rizuan Azizan, 34, cuba mengejar penjenayah yang memecahkan tingkap kereta miliknya sebelum cedera akibat diseret Perodua Myvi dipandu suspek untuk melarikan diri .
Kejadian 3.40 petang itu menyebabkan Khairul Rizuan luka di tangan, jari kanan serta lutut kanan.

Baca Lagi:

Tular video Ulama terkenal negara didakwa berhibur di kelab malam

Isteri selalu dedah perangai suami di media sosial punca dibunuh sehari sebelum Hari Raya

Tol percuma balik kediaman bermula 12 tengah malam 7 Mei hingga 11.59 malam 8 Mei

CATEGORIES