DS Vida sudah dapat PA yang di idamkan! Sungguh kacak dan muda

WhatsApp Image 2022 02 26 at 18.06.04

DS Vida sudah dapat PA yang di idamkan! Sungguh kacak dan muda. Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida terus menjadi perhatian umum apabila memperkenalkan pembantu peribadi (PA) baharu.

Seperti yang dijanjikan, pengasas pelbagai produk kecantikan dan kesihatan itu menawarkan gaji bulanan RM10,000 kepada Syed Qusyairy Syed Mahmud Iskandar yang sudah pun memulakan tugasnya.

Berasal dari Selangor, anak muda berusia 26 tahun itu juga dikenali sebagai Qush dan Abang Qu diambil bekerja selepas beberapa bulan Vida tidak dibantu susulan kemelut bersama bekas PA, Iqbal Zulkefli.

“Pastinya gaji lebih daripada RM10,000. Saya memerlukan PA daripada tiga empat bulan lepas. Kalau saya cari yang tua nanti mengantuk ‘ngak ngak’, saya perlu positif energy,” ujar Vida.

Sebelum ini, Vida pernah memaklumkan beliau menerima banyak permohonan yang mahu bekerja sebagai pembantu selepas mengumumkannya di akaun media sosial sekitar Disember lalu.

“Bismillah, PA baru saya (Abang Qu). Buat yang baru ikuti saya, dah lama saya cari PA untuk bantu saya. Ramai yang hantar resume. MasyaAllah… semua hebat hebat.

“PA baru saya ni @abgqu1 pemalu sikit orangnya. Saya pula jenis yang Happy sokmo haha. Ntah tak tahu macam mana nanti. Doakan ye, semoga kemasukan dia memberi barokah.

“Rezeki semua rahsia Tuhan, tak tercepat tak terlambat. Mana la tahu yang komen di positif positif di posting ini dapat Rezeki (Hadiah) dari saya? Tiber haha. InsyaAllah doakan tau perniagaan QuPuteh saya berikan manfaat kepada semua orang.

DS Vida sudah dapat PA yang di idamkan! Sungguh kacak dan muda

“Ke hadapan PA baru saya Abang Qu, kerja baik-baik, dikasihi team QuPuteh. Teruskan semangat untuk sama sama kami memberi manfaat kepada semua. Aaminn,” katanya.

Kata Abang Qu atau popular dengan panggilan Qush di media sosial,dia berharap agar perjalanannya dalam karier baharu dipermudahkan.

“Ramai DM qush tanya; benar ke? Betul ke “tu Qush” ?. Qush tersenyum dan angguk kepala sedikit sebagai tanda, iyaa itu Qush lah.

“Rezeki bukan sekadar wang ringgit, rezeki hadir dalam pelbagai keadaan . Dikelilingi orang baik satu rezeki, ada kerja yang bagus pun juga satu rezeki.”Qush tak minta banyak, doakan semoga perjalanan ini diberkati dan disenangi oleh semua,” ujarnya.

Baca Lagi:

Kena pedajal dengan member, wanita ini hairan orang ramai hon banyak kali

Senarai 14 negara akan hancur jika perang dunia berlaku antara Rusia dan Ukraine

[VIDEO] Wanita luah rasa kecewa, ‘susah betul nak minta bantuan’ bila dah viral baru mengelupur nak tolong!

Leave a Reply

Your email address will not be published.