DS Vida mahu ambil alih pasukan bolasepak Kelantan diberi kepada Kacak

DS Vida mahu ambil alih pasukan bolasepak Kelantan diberi kepada Kacak

DS Vida mahu ambil alih pasukan bolasepak Kelantan diberi kepada Kacak. Kemelut bola sepak Kelantan musim ini dilihat membimbangkan dengan beberapa kontroversi berkait dengan gaji dan prestasi pasukan yang hanya memperoleh 1 kemenangan dan 1 seri selepas 13 perlawanan Liga Super 2023.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh portal Majoriti, Dato’ Seri Vida (DSV) bercadang untuk mengambil semula pasukan Kelantan dan beliau memaklumkan berasa kasihan dengan situasi semasa.

DS Vida mahu ambil alih pasukan bolasepak Kelantan diberi kepada Kacak

“Kalau kena caranya, saya akan ambil semula Kelantan. Seperti keadaan sekarang, kasihan saya tengok. Kalau tunggakan banyak, kami tak nak tapi kalau nak meneruskan atau nak cari pengganti yang boleh majukan memang boleh.

“Saya akan tengok keadaan apabila nak berjumpa dia (Norizam Tukiman). Risau jumpa sekarang, Zamsaham dapat publisiti yang dia nak. Tak boleh janji lagi,” katanya kepada portal Majoriti.

“Saya kena berunding dengan mereka sebab bukan saya akan uruskan tapi Kacak (Anak lelaki DSV; Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin). Saya akan beri kepada orang yang tahu pasal bola seperti Kacak. Jangan ada campur tangan pihak lain,” ujarnya.
“Orang yang nak membayar gaji letih menunggu hasilnya dengan penyokong tiada yang nak beli tiket dan tiada nak beli baju. Sekurang-kurangnya pemain kena bagi kejayaan, beri sesuatu kepada orang yang bagi makan.
“Tapi kena berbincang dengan pemain. Jangan main tahan begitu, jangan nak buat aniaya dekat orang. Betul sebagai pemilik, kita perlukan kemenangan untuk impak positif. Kalau tidak apalah yang kita dapat, asyik kalah saja,” tambahnya.

DSV turut menjelaskan bahawa beliau mampu mengambil alih pasukan Kelantan namun tidak akan menanggung tunggakan yang ditinggalkan pengurusan sekarang.

DSV sebelum ini merupakan penaja utama pasukan Kelantan dengan perjanjian tajaan dipercayai mencapai RM16 juta.

Baca Lagi:
Beraksi dengan buaya berat 1 tan, lelaki kongsi 1 rahsia
Kisah wali Allah yang hidup tanpa jantung Syeikh Muhammad Hariri
Dapat jimatkan duit, ini 7 tips pilih buah durian isi kuning padat
CATEGORIES