Drebar lori cemas sekawan gajah kepung lori, tak sangka lepas baca doa Nabi Sulaiman gajah terus lari. Kisah mengenai pengguna jalan raya yang berjumpa dengan gajah di laluan Gerik-Jeli telah dilaporkan berulang kali sebelum ini.
Terbaru, seorang pemandu lori menjadi viral di media sosial selepas berkongsi pengalaman ‘tersangkut’ dengan sekumpulan gajah semasa melalui jalan tersebut.
Menurut Radzuan Ahmad, dia sudah biasa menggunakan laluan Jalan Raya Timur Barat yang menghubungkan Gerik ke Jeli itu.
Namun, serangan gajah itu merupakan kejadian pertama yang berlaku kepadanya sepanjang dia menggunakan laluan tersebut.
“Bertahun-tahun lalu saya gunakan jalan dari Jeli ke Gerik. Kali pertama merasai lori digoncangkan oleh gajah. Ia melintas dari bawah jalan, menuju ke bukit.
“Saya selalu berjumpa dengan gajah, tetapi kali ini gajah membuat roadblock. Tidak boleh lari. Nak lari ke mana? Yang membuat roadblock sama besarnya dengan lori.
“Kalut kena keliling dengan gajah. Sejauh ini selama ini berjumpa dengan gajah masih okey asalkan menggunakan lampu rendah. Jangan gunakan lampu tinggi sahaja, gajah akan marah kerana matanya menjadi silau,” katanya.
Menerusi video yang dikongsi di laman TikTok, kelihatan sekumpulan gajah termasuk anak gajah dilihat berada di hadapan lorinya.
Ketika Radzuan membuat rakaman video, beberapa ekor gajah juga kelihatan berada di sisi jalan.
Secara tiba-tiba, suasana menjadi sedikit cemas apabila Radzuan dan seorang individu lain sedar bahawa lori yang mereka naiki mula bergoyang.
“Banyak ni (gajah), kat sebelah kita pun ada. Dia buat roadblock… dia menggoncangkan kita. Lori aku dah bergoyang,” ujar Radzuan dalam video tersebut.
Dalam ruangan komen, Radzuan berkongsi bahawa serangan gajah berkenaan berhenti selepas dia membaca salam Nabi Sulaiman.
“Tak ada (video bahagian kedua). Ketika itu saya sedang berteriak memberi salam kepada Nabi Sulaiman. Terus mereka (kumpulan gajah) beredar,” katanya.
“Bagi salam Nabi Sulaiman, Insya-Allah selamat. Ketika off record, saya memberi salam kepada Nabi Sulaiman, dan tiba-tiba semuanya beredar.
“Alhamdulillah, dengan berkat salam Nabi Sulaiman dan keyakinan bahawa gajah tidak akan mengganggu, kemudian kumpulan gajah itu pergi. Itulah yang saya baca, yang paling penting adalah keyakinan,” katanya lagi.
@radzuanahmad5tadi punya cerita…betahun lalu jln jeli-gerik..1st time merasa Lori kena goncang Ngan gajah🤣🤣🤣
Untuk pengetahuan bersama, salam atau doa kepada Nabi Sulaiman biasanya dibaca ketika kita berada dalam keadaan genting seperti berhadapan dengan haiwan berbisa atau buas.
Ia merupakan salah satu cara yang digunakan untuk melindungi diri ketika dalam bahaya.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 40,000 tontonan dan turut mendapat pelbagai komen daripada netizen.