Dokumen sulit dedah AS cuba jalankan ‘rampasan kuasa’ di Malaysia

Dokumen sulit dedah AS cuba jalankan ‘rampasan kuasa’ di Malaysia

Dokumen sulit dedah AS cuba jalankan ‘rampasan kuasa’ di Malaysia. Sebuah agensi berita, Sputnik International telah membuat pendedahan mengenai bukti yang pihak mereka perolehi mengenai agenda tersusun oleh agensi-agensi Amerika Syarikat (AS) seperti National Endowment for Democracy (NED) dan USAID dalam campur tangan mereka terhadap pilihan raya di Malaysia.

Menurut Sputnik International, NED adalah sebuah agensi yang merupakan badan bertindak bagi CIA yang menyalurkan dana wang kepada kumpulan-kumpulan “pro-demokrasi” serta organisasi-organisasi “masyarakat sivil” di seluruh dunia. Sputnik menerusi hantaran beritanya juga turut menamakan beberapa tokoh politik Malaysia yang terlibat dengan NED.

Setelah Pilihan Raya Umum 2018, ramai penyelidik dan pemerhati telah menggali jejak aktiviti-aktiviti yang dibiayai oleh NED di Malaysia termasuklah pemberian dana kewangan yang besar kepada beberapa NGO “pro-demokrasi” dan “anti-rasuah”, beberapa pihak media, firma-firma guaman serta penyokong-penyokong hak asasi manusia.

Dokumen sulit dedah AS cuba jalankan 'rampasan kuasa' di Malaysia

Di dalam penulisan yang sama Sputnik turut menyatakan bahawa pihak mereka telah menerima maklumat serta beberapa dokumen yang menunjukkan institusi-institusi kerajaan AS termasuk USAID dan syarikat kontraktor pembangunan persendirian AS, DAI Global telah menyalurkan tambahan dana bernilai jutaan dolar kepada beberapa NGO di Malaysia.

Maklumat yang diterima oleh Sputnik tersebut turut merangkumi dokumen PowerPoint DAI yang bertajuk “Nonviolent Action: An Overview” yang menyenaraikan protes-protes jalanan yang efektif dan tersusun sebagai kunci penting bagi “kempen perubahan sosial yang berjaya”.

Dokumen tersebut menunjukkan strategi DAI bagi penganjur-penganjur protes, di mana ianya menekankan bahawa “perubahan struktur” menerusi siri demonstrasi yang berkesan mampu untuk “mewujudkan perubahan institusi”. Dokumen yang sama juga turut mencadangkan beberapa taktik bagi mencapai tujuan tersebut.

Amtara strategi yang dicadangkan oleh DAI pada dokumen tersebut termasuklah demonstrasi melibatkan bunyi-bunyian, menggunakan “permainan digital” bagi “memperkuatkan bangkangan awam bagi hal politik” dan beberapa kaedah lain. Bahkan dokumen tersebut turut menyatakan bahawa bunuh diri adalah salah satu kaedah protes yang berkesan.

Pada Febuari lalu, NED telah menerbitkan ringkasan laporan negara bagi tindakannya di Malaysia bagi tahun 2021, di mana bantuan yang telah disalurkan adalah lebih daripada $1.6 juta. Ini termasuklah sebuah geran bertajuk “Strengthening Political Parties and Youth Political Participation” dengan jumlah sebanyak $400,000 (RM1,829,800) kepada International Republican Institute.

Sputnik turut menyatakan bahawa sebuah lagi badan AS yang beroperasi di Malaysia, The Center for International Private Enterprise (CIPE) telah menerima lebih dari $364,000 (RM1,665,118) bagi tujuan membantu “memperkasakan kawalan anti-rasuah dan sistem pentadbiran korporat”.

Sumber: https://www.samudera.my/dokumen-sulit-dedah-as-cuba-jalankan-rampasan-kuasa-lembut-di-malaysia/

Baca Lagi:
Mesyuarat MKT Umno putuskan tolak kerajaan Perpaduan bersama PN
Ke arah “Kerajaan Perpaduan Malaysia” PH, BN rangka perjanjian 10 perkara
Presiden MIC dedah Zahid hantar surat ke Istana sokong Anwar jadi PM
CATEGORIES