Doktor wanita maut dibunuh & dirogol selepas 36 jam kerja tanpa henti

Photo of author

By Joe

Doktor wanita maut dibunuh & dirogol selepas 36 jam kerja tanpa henti. Kehidupan seorang doktor pelatih di Kolkata, India berakhir dengan tragis apabila dia dibunuh dan dirogol pada 9 Ogos lalu.

Memetik laporan portal Hindi Patrika, mendiang yang dikenali sebagai Dr. Moumita Debnath dilaporkan pergi ke bilik seminar di hospital tempat dia bekerja untuk berehat selepas bekerja selama 36 jam tanpa henti.

Namun, dia dilaporkan hilang oleh rakan sekerjanya selepas beberapa jam berada di bilik seminar tersebut.

Doktor wanita maut dibunuh & dirogol selepas 36 jam kerja tanpa henti

Setelah pencarian dilakukan, mereka terkejut apabila mendapati Moumita terbaring dalam keadaan tidak bernyawa di sebuah bilik seminar.

Berdasarkan bedah siasat ke atas mayat Moumita, doktor muda berusia 31 tahun itu didapati mati akibat dirogol dan dicekik di bahagian leher.

Dia dibunuh dengan ganas.

Doktor wanita maut dibunuh & dirogol selepas 36 jam kerja tanpa henti

Lebih memilukan, mayat Moumita ditemui dalam keadaan yang penuh dengan luka dan kesan gigitan beberapa orang manusia.

Bukan itu sahaja, terdapat juga kecederaan lain yang menggambarkan doktor muda ini dibunuh dalam keadaan yang begitu ganas.

Antara kecederaan yang dialami Moumita termasuklah mata berdarah, patah pada bahagian jari, pendarahan yang teruk pada bahagian kemaluan, kakinya dikepak 90 darjah dan berlakunya kecederaan parah pada bahagian muka, mulut dan juga perut.
Bukan itu sahaja, sebanyak 150mg air mani juga ditemukan di dalam tubuh badannya di mana hanya 10mg air mani sahaja yang mampu dihasilkan oleh seorang lelaki.
Pihak polis kemudiannya menahan seorang lelaki yang dipercayai merupakan suspek utama bagi kejadian ini selepas menjumpai ‘headset’ milik suspek di tempat kejadian.

Doktor wanita maut dibunuh & dirogol selepas 36 jam kerja tanpa henti

Suspek yang bekerja sebagai sukarelawan bagi pasukan polis di Kolkata mengaku bersalah melakukan pembunuhan tersebut namun dipertahankan ibunya.

Protes seluruh India

Sementara itu, kes pembunuhan Moumita ini telah membangkitkan kemarahan rakyat di Kolkata, dengan ribuan daripada mereka melakukan protes berarak di jalan raya.

Memetik laporan BBC, perarakan itu diadakan bukan sahaja sebagai protes untuk menuntut keadilan bagi kejadian yang menimpa Moumita, tetapi juga untuk menyampaikan mesej mengenai isu keganasan kronik terhadap wanita di negara tersebut.

Kejadian ini bukan sahaja mencetuskan kemarahan rakyat biasa, malah doktor juga turut menyertai demonstrasi dan mogok dengan menghentikan perkhidmatan mereka di agensi perubatan kerajaan.

“Begitu ramai orang yang hadir di sini untuk mengambil bahagian dalam protes. Rasanya seperti harapan sedang dinyalakan semula.

“Kami memperhebatkan bantahan kami untuk menuntut keadilan untuk rakan sekerja kami. Kami mahukan keadilan,” kata mereka.

Baca Lagi:
Wanita dilapor hilang ditemui mati dalam kereta polis
“Sebak baca mesej pelanggan, orang yang nak disambut tak sudi datang, minta pengusaha habiskan kek”
Uncle Cina nyanyi lagu jiwang Melayu buat netizen terpukau