Doktor terkenal beri amaran kepada pengemar ‘kopi kuat’, ada barang terlarang boleh bawa maut

Photo of author

By Joe

Doktor terkenal beri amaran kepada pengemar ‘kopi kuat’, ada barang terlarang boleh bawa maut. Dr Ahmad Samhan Awang, seorang doktor terkenal dan juga seorang pempengaruh media sosial, telah memberi amaran kepada orang ramai, terutamanya kepada orang dewasa dan warga emas yang gemar minum kopi pracampuran yang dikenali sebagai Kopi Songkok.

Menurutnya dalam sebuah ciapan di aplikasi X, kopi tersebut telah diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan boleh menyebabkan kematian.

Walau bagaimanapun, yang menghairankan, masih terdapat banyak rakyat Malaysia yang terus meminum kopi tersebut walaupun mengalami sakit kepala dan jantung berdebar selepas mengambilnya.

Doktor terkenal beri amaran kepada pengemar 'kopi kuat', ada barang terlarang boleh bawa maut

“Dengarkanlah nasihat doktor apabila saya menyatakan bahawa Kopi Songkok boleh membawa maut.
“Minggu lalu, saya telah berkongsi mengenai bahaya Kopi Songkok di TikTok dan ternyata banyak yang datang berkongsi pengalaman mereka selepas meminum kopi tersebut di ruang komen.
“Yang perlu diketahui semua orang adalah Kopi Songkok telah diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ia telah disahkan 100% beracun,” jelasnya.

Dr Samhan turut menjelaskan bahawa kopi tersebut mengandungi Sildenafil, sejenis ubat yang hanya boleh diperoleh dengan preskripsi daripada doktor.

Di dalam kopi ini, terdapat Sildenafil yang hanya boleh didapati dengan preskripsi daripada doktor.

“Antara kesan buruk mengambil Sildenafil tanpa dos yang betul adalah ia boleh menyebabkan sakit kepala, loya, cirit-birit, sakit otot, priapism, jantung berdenyut laju, strok dan dalam kes ekstrem boleh menyebabkan kematian.

“Nasihat saya, berjumpalah dengan doktor yang bertauliah terlebih untuk mendapatkan rawatan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Samhan turut berkongsi tangkapan skrin yang memaparkan pengalaman followersnya di laman TikTok yang pernah meminum kopi yang sama.

“Sangat berbahaya kopi ini. Suami hampir meninggal dunia dan mengadu sakit kepala selepas meminum 1/4 daripada kopi tersebut. Selepas itu, dia terus membuang kopi itu dan tidak mahu lagi mencuba produk-produk mengarut ini,” kata Farahdila.

“Aku pernah meminum sekali. Menyesal sangat kerana terus ke hospital. Jantung berdegup kencang tanpa henti. Memang kelam kabut,” kata Jex.

Baca Lagi:
Bandar Kuala Lumpur tersenarai no.5 paling bahaya untuk warga Amerika Syarikat
Nampak sama macam buah manggis, tapi sebenarnya bukan
Biodata penuh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hobi dan minat buat ramai tak sangka