Doktor terkejut jumpa 70 paku dalam perut lelaki umur 22 tahun, sekali ahli keluarga buka mulut dedah perkara sebenar

Photo of author

By Joe

Doktor terkejut jumpa 70 paku dalam perut lelaki umur 22 tahun, sekali ahli keluarga buka mulut dedah perkara sebenar. Satu pasukan perubatan digemparkan dengan penemuan 70 paku di dalam perut seorang lelaki berusia 22 tahun.

Kejadian itu terbongkar selepas pesakit mengadu sering mengalami sakit perut dan muntah.

Pemuda tersebut disyaki mengalami masalah mental yang menyebabkannya sengaja memakan puluhan paku.

Doktor terkejut jumpa 70 paku dalam perut lelaki umur 22 tahun, sekali ahli keluarga buka mulut dedah perkara sebenar

Insiden tersebut berlaku di Indramayu, Jawa Barat, Indonesia.

Menerusi x-ray, terlihat banyak paku besar di dalam perut pesakit.

“Pembedahan dilakukan dengan segera selama dua jam untuk mengeluarkan paku-paku tersebut,” kata pakar bedah, Dr Deden Bonni Koswara pada Ahad.

Menurutnya, hasil pembedahan menunjukkan bahawa mereka berjaya mengeluarkan 70 paku dari perut pesakit dalam pembedahan yang dijalankan pada Sabtu.

“Semuanya ada 70 paku. Selain daripada paku, keluarga pesakit turut memberitahu bahawa dia gemar memakan jarum.
“Keluarganya memberitahu bahawa dia melakukan perkara ini, iaitu memakan paku dan jarum selama setahun,” katanya.

Dr Deden menyatakan bahawa pesakit dilaporkan stabil dan sedang menjalani rawatan serta pemulihan.

Baca Lagi:
Gaji masyuk! Ini 7 senarai bidang kerjaya paling tinggi ‘demand’ di Malaysia
Wanita menabung duit lebihan dari perniagaan dalam masa 13 hari dapat RM20,000
Dapat suami ‘terpaling’ sabar, isteri naik kepala siap mengaku janda bercinta dengan 10 lelaki