Doktor sahkan jangkitan virus, pelakon Iqbal Mazlan sebak penglihatan hilang dalam masa 2 hari

Doktor sahkan jangkitan virus, pelakon Iqbal Mazlan sebak penglihatan hilang dalam masa 2 hari

Doktor sahkan jangkitan virus, pelakon Iqbal Mazlan sebak penglihatan hilang dalam masa 2 hari. “Sekarang saya langsung tak nampak,” demikian perkongsian pelakon Iqbal Mazlan, 33, mengenai masalah penglihatan yang dialami akibat diserang virus sejak 4 Mac lalu.

Iqbal atau nama sebenarnya, Muhammad Iqbal Mazlan berkata, penglihatannya kabur secara tiba-tiba selepas bangun tidur.

Doktor sahkan jangkitan virus, pelakon Iqbal Mazlan sebak penglihatan hilang dalam masa 2 hari

“Saya dimasukkan ke Hospital Shah Alam, Selangor untuk rawatan sejak 4 Mac lalu. Saya tak tahu bila boleh keluar, mungkin menyambut Ramadan di hospital.
“Penglihatan hilang dalam tempoh dua hari sahaja. Mulanya, sebelah mata kabur, kemudian selepas Maghrib, mata sebelah lagi pula kabur.
“Keesokannya, kedua-dua mata tidak dapat melihat apa-apa lagi. Saya terus ke Hospital Putrajaya, kemudiannya diminta ke Hospital Shah Alam.
“Doktor mengesahkan ia berlaku akibat jangkitan virus yang terus menyerang mata. Virus ini tidak menyerang bahagian lain, hanya mata, tetapi jenis virus saya belum tahu,” katanya kepada BH Online.

Iqbal yang juga juara program Pilih Kasih musim pertama pada 2009 berkata, dia tidak tahu bagaimana boleh dijangkiti virus dan kini, hanya berharap penglihatannya kembali pulih.

“Saya tak tahu, bangun tidur mata sudah kabur. Saya ingatkan salah tidur atau penat, tetapi saya mula panik bila kedua-dua mata kabur.

“Ketika diperiksa, doktor mengesahkan banyak pendarahan dalam mata. Saraf pun banyak rosak dan ada keradangan (bengkak) di kedua-dua mata.

“Doktor juga sifatkan kes ini jarang berlaku. Sejak bertugas pada 2003, kes saya adalah ketiga. Dia perlu mendapatkan nasihat pakar antarabangsa kerana kes sebelum ini virus berbeza.

“Data masalah mata pun tidak banyak di Malaysia. Tetapi, doktor sudah uji dengan virus seperti HIV, semuanya negatif.

“Alhamdulillah, sekarang saya diberikan ubat anti virus yang umum, air garam dan steroid. Insya-Allah, ada harapan sembuh sebab saraf bertindak balas dengan baik terhadap ubat diberikan, sekarang hanya tunggu sistem penglihatan beransur pulih,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon drama Sofea Zahra itu tidak menafikan, ia adalah antara ujian terbesar sepanjang hidupnya.

“Mulanya saya panik, tetapi adik ipar pujuk saya bertenang. Risau lain pula jadinya.

“Jadi, sekarang nak kata sedih dan menangis pun tak boleh sebab benda sudah jadi.

“Apa yang boleh dikatakan, saya rasa kosong. Terfikir juga kadang-kadang adakah masalah ini berkekalan.

“Tetapi, apa yang saya boleh fikir, Allah bagi pinjam dan boleh tarik bila-bila masa. Saya hanya boleh berdoa untuk dipinjamkan semula, itu sahaja yang boleh saya harapkan,” katanya.

Mengulas mengenai kariernya, Iqbal berkata, aktiviti seninya agak terganggu, justeru mohon doakan masalah penglihatannya cepat sembuh untuk kembali bekerja.

“Sebelum ini, banyak saya berlakon selepas menjuarai Pilih Kasih, kemudian selepas 2017 saya aktif dalam dunia balik tabir.

“Dan saya banyak terbabit dalam dunia pengarahan seperti iklan dan program realiti, sejak dua tahun ini.

“Kini, saya sedang berusaha merakamkan dokumentari, tetapi terpaksa ditunda sebab masalah ini. Jujurnya, saya agak terduduk juga sebab saya sudah berusaha dari bawah.

“Saya juga bergelut untuk mendapatkan projek. Itu yang risau apabila jadi sebegini, jadi semuanya kena tunda.

“Tetapi, tidak mengapa, saya percaya ada hikmah di sebalik ujian ini,” katanya.

Baca Lagi:
Lans koperal tembak isteri mohon ziarah kubur isteri selepas didakwa, sekali ini jawapan Majistret
Ini kisah sejarah Kicap Cap Kipas Udang yang korang selalu makan tu
18 tahun dijaga keluarga angkat, sekali jumpa keluarga kandung buat ‘projek’ dengan bapa sendiri sampai hamil
CATEGORIES