Doktor paling sempoi, minta ubat batuk sekali dapat bunga cengkih

Doktor paling sempoi, minta ubat batuk sekali dapat bunga cengkih

Doktor paling sempoi, minta ubat batuk sekali dapat bunga cengkih. Seorang pemuda terkejut apabila diberikan satu peket kecil bunga cengkih oleh doktor di sebuah klinik selepas mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Menerusi pengkongsian @AkeemShryzal di laman Twitter, doktor tersebut sempat memesan kepadanya untuk membuat minuman panas dicampurkan bersama beberapa biji bunga cengkih bagi tujuan menghilangkan masalah batuk yang dihadapinya.

Katanya, beberapa jenis ubat lain juga diberikan oleh pihak klinik atas saranan doktor tersebut.

Sementara itu, dia sempat bertanyakan kepada doktor berkenaan mengenai petua orang dahulu yang sering melarang memakan ais batu sekiranya mempunyai masalah batuk.

“Kau boleh makan apa sahaja, sementara boleh makan, tiada masalah,” balas doktor kepadanya.

Menurut pengguna tersebut, dia merasakan doktor yang memeriksanya itu adalah seorang yang sangat kelakar dan bersahaja.

“Dengan ini aku rasa, ini adalah doktor paling sempoi 2022, terima kasih doktor,” ciapnya.

Perkongsiannya itu turut menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai dan rata-ratanya memuji tindakan doktor tersebut yang masih mementingkan cara tradisional dalam merawat penyakit.

“Bagus doktor ini, memang bunga cengkih sangat bagus untuk orang ada penyakit batuk, lagi-lagi musim Covid-19 ini,” ciap Azlina.

Sementara itu, seorang lagi pengguna berkongsi pengalamannya yang pernah minum air rendaman bunga cengkih ketika mengalami masalah kesihatan akibat dijangkiti Covid-19.

“Memang menjadi, mak aku sediakan makan dan minum aku masa kuarantin, dalam air kopi aku mak aku siap letak air rendaman bunga cengkih, tapi memang cepat lega sakit tekak aku dan senang nak bernafas waktu malam masa tidur,” ujar @lovenuyu.

Baca Lagi:

Kapal Kargo tenggelam bawa 4,000 kereta mewah bernilai RM1.8 Bilion

Kes ibu mengamuk anak dituduh mencuri selesai, hanya salah faham

Putera Mahkota Arab Saudi anggap Israel bukan musuh tetapi bakal sekutu

CATEGORIES